Kelmarin, gereja kami menerima pelawat dari gabungan pelayan-pelayan Parokhi Sikuati D (gabungan 8 kampung). Ini adalah rombongan pelawat ke-3 tahun ini di tempat kami. Tujuan lawatan ini ialah untuk mereka mengenali jemaat, perkembangan gereja dan cara penatalayanan gereja ini. Rombongan mereka seramai 21 orang yang terdiri daripada wakil semua komposisi pelayan iaitu Pendeta, Tumpuk, Penginjil, Wanita dan Belia. Saya memberikan mereka taklimat tentang sejarah perkembangan PCS Pekan Pitas. Apa yang menjadi tumpuan perkongsian saya ialah bagaimana kuasa dan mukjizat Tuhan yang bekerja di sebalik perkembangan PCS Pekan yang secara tidak rasmi bermula pada tahun 1981. Apabila SMK Pitas diwujudkan secara menumpang di SK Pekan Pitas, Kg Kalumpang, PCS turut membuka asrama PCS di sana dengan bantuan Basel. 1986, SMK Pitas berpindah ke bangunan baru di Pekan Baru Pitas. PCS memindahkan asrama ke Kg Tambilidon. Di sanalah semua jemaat PCS Pekan beribadah. Saya posting di SMK Pitas pada tahun 1994, saya memulakan Persekutuan Pelajar Kristian (PPK) yang beroperasi di Kg Saab. Operasi PPK berpindah di satu tempat pada tahun 1997 (waktu itu saya telah dpindahkan ke SM Lok Yuk Kudat). Tempat tersebut musnah dipukul ribut pada Ogos 2002 menyebabkan kami berusaha mencari tapak alternatif. Kami mendirikan bangunan di satu tapak yang pernah di pohon oleh gereja. Selepas bangunan didirikan dan mulai beribadah, kerajaan menolak permohonan walaupun telah merayu sampai ke peringkat ketua menteri. Kami berdoa agar Tuhan tolong dan pada tahun 2004 Tuhan membuka jalan dimana satu lot 0.5 ekar dijual kepada gereja dengan harga RM20,000.00. Tapak ini sangat strategik dan disinilah gereja yang ada sekarang didirikan. Kini PCS Pekan Pitas mempunyai sebuah bangunan gereja, rumah, van dan beberapa aset lain yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM200,000.00. Dengan keluarga seramai 21 buah keluarga (129 anggota) dan pelajar (200 orang), kami mempunyai seorang gembala sepenuh masa.
Ringkasnya kesaksian saya tentang pekerjaan Tuhan dalam perkembangan PCS Pekan Pitas sangat banyak. Hal utama ialah Tuhan memulakan PCS Pekan Pitas melalui PELAJAR. Hal kedua ialah....tindakan Allah bergantung kepada doa dan tindakan kita juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan