Pengikut

31 Ogos 2011

MERDEKAKAH KITA?

Antara 'harta' terakhir yang kita perolehi dari British ialah Guthrie. Walaupun bukan justifikasi mutlak penguasaan sepenuhnya terhadap sumber negara tetapi cukup untuk melengkapkan dimensi kemerdekaan Tanah Melayu. Hari ini, Malaya@Tanah Melayu merayakan kemerdekaan ke-54 dan tempiasnya sampai di Sabah Borneo. Apakah makna sebenar kemerdekaan? Saya memahaminya secara mudah iaitu British menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat tempatan. Namun setelah mencapai usia sebegini, sejauhmanakah semua lapisan masyarakat menikmati makna kemerdekaan?
Saya masih tertanya-tanya kenapa dan sampai bila sistem kuota digunapakai di negara kita? Kenapa masih ada sistem pengkelasan bangsa, seolah-olah kasta yang tersembunyi? Rakyat peribumi atau orang asal di negara ini masih tergolong dalam kumpulan "kaum-kaum lain". Sistem kuota yang menjurus kepada keistimewaan kepada golongan tertentu walaupun tidak "layak" dari segi merit amat bertentangan dengan makna kemerdekaan. Corak pengambilan sebarang kursus, penempatan ke IPT, biasiswa, komposisi perjawatan, merit jawatan tertinggi dan sebagainya masih menampakkan ketidakadilan. Merdeka kah kita?
Apabila seseorang tidak bersetuju dengan polisi yang tidak adil, maka dianggap perosak kepada perpaduan. Merdeka kah kita? Apabila seseorang menyuarakan pendapat yang senada dengan pembangkang, maka orang itu akan diugut. Merdeka kah kita? Kita masih terikat dengan aliran pemikiran "dari atas ke bawah" iaitu kebanyakan keputusan adalah dari golongan atasan dan jarang sekali suara bawahan atau minoriti di dengar. Merdeka kah kita? Urusan-urusan yang terlalu birokrasi menyulitkan golongan awam. Misalnya permohonan geran tanah, ada yang menunggu sampai mati tapi geran tidak keluar juga. Di sebaliknya ada syarikat yang hanya menunggu dua tahun, geran CL keluar. Merdeka kah kita? Rasuah masih berleluasa yang menyebabkan hanya golongan berduit atau kapitalis yang mampu mendapatkan sesuatu sementara yang miskin terus miskin. Merdeka kah kita?
Kenapa kah kita tidak melihat kemerdekaan dari sudut keadilan sosioekonomi? Tidak hairanlah kalau setiap tahun, persoalan merdeka kah kita terus bergema !

23 Ogos 2011

BUYUK

Kerajaan telah mengumumkan polisi penyelarasan harga minyak suatu ketika lalu di mana kerajaan akan mengawal harga minyak petrol RON95 melalui pemberian subsidi secara konsisten. Ini bagi mengurangkan beban di kalangan pengguna. Dari satu sudut polisi ini adalah baik walaupun harga minyak kita adalah antara yang tertinggi di kalangan negara-negara pengeluar minyak. Namun sedarkah kita tentang kualiti minyak RON95 tersebut? Banyak pengguna mengadu kesan buruk terhadap enjin kereta tapi kita tiada pilihan kerana inilah sahaja minyak yang ada yang agak murah. Difahamkan di kebanyakan negara, minyak jenis RON95 sudah tidak popular dan sinonim dengan kenderaan yang sudah berusia. Malangnya di Malaysia minyak ini adalah pilihan utama.
Bagaimana dengan minyak petrol RON97? Kerajaan berkata bahawa harga minyak jenis ini akan diapungkan. Ini bermaksud kalau harga pasaran antarabangsa naik maka secara automatik minyak 97 akan turut naik. Tidak hairanlah apabila dalam tempoh beberapa bulan kerajaan telah menaikkan harga RON97 beberapa kali bahkan mencapai tahap harga tertinggi dalam sejarah harga minyak di negara ini. Namun persoalan saya, kalau benar harga ini diapungkan, kenapa harga RON97 ini tidak dikurangkan pada masa sekarang sedangkan harga minyak jenis ini di antarabangsa berada dalam trend penurunan? Ini bermaksud rakyat yang memberikan subsidi. Kerajaan kita memang pintar membuat lawak. Orang Sabah bilang ini..BUYUK !

13 Ogos 2011

SAMPAI BILA BERSABAR?

Hari ini UBF melawat Soniton dan Mandurian Laut. Bagi yg kurang tahu, Soniton Laut adalah kg yang paling hulu di daerah Pitas. Jauh perjalanan dari pekan Pitas sekitar 2 jam, apatah lagi dalam keadaan jalan yang kurang enak. Disini jugalah terletaknya SK.Nibang. Nasib kami kurang baik kerana hujan baru turun semalam dan jangkaan kami tepat. Jalan licin dan mencabar kepada pemandu amatur. Oleh kerana jalan raya ke Soniton sudah lama runtuh dan tidak diperbaiki maka kereta hanya sampai di Kg Vunui dan kami harus berjalan kaki sejauh 3 kilometer denngan laluan bukit bukau. Saya tidak berniat bercerita situasi lawatan kami ke sana yang mendapat sambutan luar biasa. Hampir 100 orang yang datang dan mendengar ceramah saya. Yang menarik untuk saya paparkan disini ialah apabila aktivis UBF terpaksa menghantar seorang pesakit kritikal ke hospital Pitas. Pesakit tersebut terpaksa diangkat sejauh 3 km dgn keadaan jalan yang teruk dan berbukit bukau.
Persoalan saya, jalan di sana sudah lama rosak, kenapa tiada pembaikan? Kalau pun ada dilakukan secara sambil lewa dan kembali rosak. Akhirnya nasib ratusan penduduk asal disana terus terabai. Bayangkan kalau kami tidak ke sana, siapak yang membawa mereka ke hospital? Inilah kesusahan yang mereka alami sejak sekian lama. Sudahlah tiada akses jalan yang bagus, tanah adat mereka dirampas melalui FMU dan geran komunal. Apa bah yang pemimpin politik buat selama ini? Dimana janji terang bulan semasa kempen? Apakah anda masih mahu memberikan peluang kepada pemimpin yang lupa daratan? Melihat kesusahan mereka mengangkat pesakit ini dan penderitaan pesakit itu sendiri, jelas menceritakan kepada kita bahawa kita memerlukan PERUBAHAN.

05 Ogos 2011

SABAH BOLEH BAH !!!

Perkara 8 dan 9 dalam 20 Perkara Perjanjian Malaysia menggariskan bahawa perkhidmatan awam di Sabah haruslah dikendalikan oleh rakyat Sabah secara berperingkat termasuklah agensi perkhidmatan awam persekutuan di Sabah. Bahkan lebih mengejutkan dalam perkara 15, Jabatan Pelajaran sepatutnya diurus oleh Sabah. Ini adalah perjanjian yang dikanunkan oleh antarabangsa dan sebarang pencabulan merupakan penipuan di siang hari.
Realitinya sekarang bagaimana? Hanya 15% ketua agensi persekutuan di Sabah yang disandang oleh orang Sabah dan selebihnya dari Semenanjung. Bagaimana dengan jawatan yang lebih rendah? Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan penempatan juruteknik komputer dari "KL" di sekolah-sekolah daerah Pitas yang hanya bertaraf N17. Jawatan tahap begini pun mereka ambil dan menafikan hak orang Sabah, sebagai sebuah negara. 6-7 tahun lalu saya berkesempatan berkunjung ke ladang FELDA di Lahad Datu dan amat mengejutkan pengawal keselamatan yang digelar Polis Felda pun ramai yang dari "KL". Jadi kemana hala tuju orang Sabah? Tidak menghairankan apabila ribuan warga Sabah menjadi pekerja kilang di Semenanjung kerana peluang di negeri sendiri diambil oleh orang lain. Persoalannya kalau ini dianggap integrasi nasional, berapa ramai rakyat Sabah yang bekerja di Putrajaya dan semua agensi kerajaan di seluruh Semenanjung? Cakap biar serupa bikin.
Apakah kerana tiada orang Sabah yang layak. Gambar yang dipaparkan ialah Penny Wong, Menteri Kewangan Australia. Yang mengejutkan dan juga menggembirakan ialah Penny adalah kelahiran Sabah, orang kita bah. Kini dia menjawat jawatan penting di Australia iaitu "mencari, menjaga dan mentadbir wang Australia". Apakah Australia negara biasa-biasa? Dalam segala hal Malaysia jauh ketinggalan dan apabila kita tahu seorang rakyat Sabah mengurus kewangan Australia, tidak kah ini membuktikan bahawa rakyat Sabah sudah ramai yang layak dan punya merit untuk dilantik atau dipilih menjawat pelbagai kategori jawatan. Kalau Penny Wong memilih untuk terus tinggal di Sabah, apakah dia berpeluang menjawat sebagai Menteri Kewangan Malaysia? Hahahaha...sampai kiamat tidak mungkin.
Ternyata kini Sabah boleh...boleh bah kalau kau Penny Wong !!!

01 Ogos 2011

MISKIN

Kemiskinan selalu dimanifestasikan di beberapa negara di Afrika. Saya tidak hairan kerana sistem politik mereka yang tidak stabil, keganasan antara etnik, sumber terhad dan kerajaan yang lemah. Semua ini banyak menyumbang kepada kemiskinan. Tapi bagaimana di Malaysia? Dengan kerajaan yang telah wujud selama 56 tahun dan di Sabah selama 47 tahun, BN tak pernah kalah brmaksud ada kestabilan politik dan memudahkan perancangan pembangunan. Kita juga mempunyai hasil bahan mentah. Tahun lalu sahaja Malaysia sebanyak RM109.77 bilion.Keganasan antara etnik juga tidak wujud. Kerajaan yang ada sekarang juga sering melaung-laungkan bahawa merekalah yang terbaik. Mereka umpama malaikat dari surga yang telah diberi hak istimewa mentadbir Malaysia dengan sempurna. Tapi sayangnya, kemiskinan tegar dan kemiskinan relatif masih wujud. Salah satu sebabnya ialah kerajaan telah "memperniagakan" program pembasmian kemiskinan. Projek-projek dan program pembasmian kemiskinan diatur sepenuhnya oleh para kapitalis dengan sokongan sebilangan agensi atau kakitangan yang rasuah yang "menghisap" setiap peruntukan sehabis-habisnya sehingga amaun yang sampai ke golongan sasaran hanya sekitar 20% daripada jumlah keseluruhan. Ringkasnya hanya memperkayakan kroni dan menjadikan golongan miskin terus miskin. Akhirnya rakyat marhaen terus ditanamkan dengan budaya "politik kebergantungan". Saya masih menemui rumah-rumah seperti dalam gambar di beberapa daerah dengan bilangan yang banyak. Saya menganggap itu sebagai kegagalan sebuah kerajaan yang telah memerintah selama 56 tahun. Pada masa yang sama kalau trend ini berterusan, tidak hairanlah kalau Datuk Idris Jala berani mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia akan muflis sebelum Wawasan 2020.