Pengikut

01 Ogos 2011

MISKIN

Kemiskinan selalu dimanifestasikan di beberapa negara di Afrika. Saya tidak hairan kerana sistem politik mereka yang tidak stabil, keganasan antara etnik, sumber terhad dan kerajaan yang lemah. Semua ini banyak menyumbang kepada kemiskinan. Tapi bagaimana di Malaysia? Dengan kerajaan yang telah wujud selama 56 tahun dan di Sabah selama 47 tahun, BN tak pernah kalah brmaksud ada kestabilan politik dan memudahkan perancangan pembangunan. Kita juga mempunyai hasil bahan mentah. Tahun lalu sahaja Malaysia sebanyak RM109.77 bilion.Keganasan antara etnik juga tidak wujud. Kerajaan yang ada sekarang juga sering melaung-laungkan bahawa merekalah yang terbaik. Mereka umpama malaikat dari surga yang telah diberi hak istimewa mentadbir Malaysia dengan sempurna. Tapi sayangnya, kemiskinan tegar dan kemiskinan relatif masih wujud. Salah satu sebabnya ialah kerajaan telah "memperniagakan" program pembasmian kemiskinan. Projek-projek dan program pembasmian kemiskinan diatur sepenuhnya oleh para kapitalis dengan sokongan sebilangan agensi atau kakitangan yang rasuah yang "menghisap" setiap peruntukan sehabis-habisnya sehingga amaun yang sampai ke golongan sasaran hanya sekitar 20% daripada jumlah keseluruhan. Ringkasnya hanya memperkayakan kroni dan menjadikan golongan miskin terus miskin. Akhirnya rakyat marhaen terus ditanamkan dengan budaya "politik kebergantungan". Saya masih menemui rumah-rumah seperti dalam gambar di beberapa daerah dengan bilangan yang banyak. Saya menganggap itu sebagai kegagalan sebuah kerajaan yang telah memerintah selama 56 tahun. Pada masa yang sama kalau trend ini berterusan, tidak hairanlah kalau Datuk Idris Jala berani mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia akan muflis sebelum Wawasan 2020.

Tiada ulasan: