Pengikut

27 Julai 2011

NASIB KITA SELAMA 47 TAHUN

Saya paparkan laporan Berita Harian 16 Julai 2011 berkaitan komposisi kemasukan pelajar ke IPTA tahun ini aliran sains. Perhatikan kedudukan "KAUM-KAUM LAIN" yang asyik terpinggir. Kaum-kaum lain yang dimaksudkan ialah orang asli di Semenanjung dan lebih kurang 60 etnik Sabah dan Sarawak.

Sebanyak 6,294 calon cemerlang ditawarkan untuk mengikuti lapan kursus kompetitif iaitu Perubatan seramai 983 calon (Melayu-581, Cina- 339, India-50 dan kaum-kaum lain-13), Pergigian sebanyak 174 calon (Melayu-91, Cina-77, India-4, kaum-kaum lain-2), Farmasi sebanyak 283 calon (Melayu-151, Cina-125, India-7), Kejuruteraan Kimia sebanyak 919 calon (Melayu-648, Cina-217, India-45, kaum-kaum lain-9).

Kejuruteraan Elektrik & Elektronik sebanyak 1,163 calon (Melayu-923, Cina- 209, India-18, kaum-kaum lain-13), Kejuruteraan Mekanikal sebanyak 1,601 calon (Melayu-1,251, Cina-311, India-20, kaum-kaum lain-19), Undang-undang sebanyak 367 calon (Melayu-221, Cina-105, India-37, kaum-kaum lain- 4) dan Perakaunan sebanyak 804 calon (Melayu-509, Cina-269, India-18, kaum-kaum lain- 8)

Inilah nasib kita selama 47 tahun. Apakah kerana pelajar-pelajar Sabah BODOH dan TIDAK LAYAK atau memang orang Sabah hanya KELAS DUA? Siapakah di sebalik sistem yang tidak adil ini?

4 ulasan:

Vidic berkata...

sedih juga... kaum-kaum lain lg tu??? nda samp 10 bh.........kalo 2,3 org ja, confirm org yg dpt ber A..A..A ja kena terima masuk U...huhuhu

yang kecewa berkata...

Hmm, patut la sy inda dapat medic dulu... sy dgn kawan sy pointer sama ja, tapi dia dapat pula.. maklumlah bangsa dan agama sy tidak sama dengan kawan saya tu.. ish2.. kaum2 lain 13 orang sja masuk medic? ramainya cemerlang pelajar2 bumiputra Sabah & Sarawak. 13 orang sja?! maklumlah jumlah kita sikit, mau marah pun tida2 dorg dgar.. terima kasih mendedahkan ini.. tahulah siapa yg mahu diundi next GE!

MAKLIN MASIAU berkata...

ni lah nasib kita selama 47 tahun. ikut prjanjian malaysia, urusan sistem pelajaran adalah hak Sabah.

LAIMIN berkata...

belum masuk lagi kemasukan pelajar ke MRSM dan SBP. pelajar dapat 7A daripada 7 subjek tidak layak ke MRSM berbanding dengan pelajar yg dapat 8A daripada 8 subjek. mcmana nak dapat 8A kalau memang 7 subjek ja