Pengikut

23 Ogos 2011

BUYUK

Kerajaan telah mengumumkan polisi penyelarasan harga minyak suatu ketika lalu di mana kerajaan akan mengawal harga minyak petrol RON95 melalui pemberian subsidi secara konsisten. Ini bagi mengurangkan beban di kalangan pengguna. Dari satu sudut polisi ini adalah baik walaupun harga minyak kita adalah antara yang tertinggi di kalangan negara-negara pengeluar minyak. Namun sedarkah kita tentang kualiti minyak RON95 tersebut? Banyak pengguna mengadu kesan buruk terhadap enjin kereta tapi kita tiada pilihan kerana inilah sahaja minyak yang ada yang agak murah. Difahamkan di kebanyakan negara, minyak jenis RON95 sudah tidak popular dan sinonim dengan kenderaan yang sudah berusia. Malangnya di Malaysia minyak ini adalah pilihan utama.
Bagaimana dengan minyak petrol RON97? Kerajaan berkata bahawa harga minyak jenis ini akan diapungkan. Ini bermaksud kalau harga pasaran antarabangsa naik maka secara automatik minyak 97 akan turut naik. Tidak hairanlah apabila dalam tempoh beberapa bulan kerajaan telah menaikkan harga RON97 beberapa kali bahkan mencapai tahap harga tertinggi dalam sejarah harga minyak di negara ini. Namun persoalan saya, kalau benar harga ini diapungkan, kenapa harga RON97 ini tidak dikurangkan pada masa sekarang sedangkan harga minyak jenis ini di antarabangsa berada dalam trend penurunan? Ini bermaksud rakyat yang memberikan subsidi. Kerajaan kita memang pintar membuat lawak. Orang Sabah bilang ini..BUYUK !

1 ulasan:

Vidic berkata...

kasi naik senang tp kasi turun plg susah .. kempen pilihan raya akan ada byk projek tp bila sudah menang, rakyat dinasihatkan supaya berjimat-cermat .. mmg .. BUYUK !!