Benarlah pepatah mengatakan malang tidak berbau. Petang rabu lalu, saya berada di sekolah sehingga 4 petang bersama isteri. Perjalanan pulang ke rumah, perut terasa perlu diisi dan kami menjamu high tea di Restoran Pitas. Sekitar 4.40 beredar dari restoran dan bergerak perlahan menuju ke rumah sambil menikmati suasana petang. Tiada keperluan untuk memandu laju, apatah lagi suasana di Kg Tambilidon pada waktu petang agak sibuk khususnya jalan lurus di hadapan rumah saya. Mulai masuk di jalan lurus sempat melambai beberapa penduduk dan jiran. Menghampiri rumah memasang lampu isyarat, kepala kereta mulai menyimpang dan sebelum mencecah jambatan paip masuk di pagar rumah, tiba-tiba "dummmpppp"...isteri saya berteriak "apa tu". Sekelip mata,peristiwa malang itu berlaku di sisi mata. Seorang anak muda terpelanting ke dalam parit sementara motosikal yang ditunggangnya terdampar di atas jambatan paip rumah saya. Ya, nampaknya dia memandu dengan laju dan mungkin berniat memotong dari sebelah kiri dan tidak sempat mengelak akhirnya melanggar pintu depan sebelah kiri exora saya. Betul-betul di tempat isteri saya duduk. Mujurlah motosikal itu melanggar secara menyisi.
Bagaimana boleh berlaku? Hanya dia yang tahu. Dia dengan cepat memohon maaf dan merayu agar tidak dilaporkan kerana sebab tertentu. Perasaan saya berbaur geram dan kasihan. Tambahan lagi isteri saya ada keperluan dengan kereta tersebut minggu depan. Rasa "malas" kerana terpaksa merancang plan lain. Peristiwa malang yang benar-benar merosakkan mood. Tambahan lagi memikirkan rayuan daripada mangsa. Untuk beberapa hari ini emosi dan mood terganggu. Tidak kurang juga rasa trauma mengingat kejadian itu. Mujurlah Tuhan masih sayang nyawa anak muda ini dan pada masa yang sama memberikan kami hikmat, kesabaran dan kekuatan menghadapi peristiwa ini.