Pengikut

10 April 2011

ANGAN-ANGAN MAT JENIN

Setiap kita tahu tentan kisah Mat Jenin,sinonim dengan individu yang suka berangan-angan. Salah satu cerita berakhir dengan tragis apabila dia terjatuh dari pokok kelapa kerana hayal dengan angan-angan mengahwini puteri raja. Sehingga hari ini, cerita Mat Jenin terus menjadi bahan moral. Saya ingin berkongsi salah satu angan-angan Mat Jenin PCS Pekan Pitas. Membina sebuah gedung gereja yang lebih besar, mampu memuatkan 800 orang setiap sesi. Dengan design berkonsepkan Roman dan kombinasi elegan moden, tidak banyak yang boleh diutarakan selain meletakkan misi sebagai dream mat jenin semata-mata. Iman ! ya inilah justifikasi yang paling selamat. Dengan kemampuan sekarang memang amat mustahil tetapi langkah harus dimulakan.
Dream ! tidak ada orang yang berhak marah apabila kita menetapkan impian. Apakah misi tercapai esok,tahun depan atau 10 tahun dari sekarang? semuanya hanya Tuhan yang tentukan,yang penting langkah telah dimulakan dan akan terus bergerak.Mungkin ada rakan seiman yang punya idea untuk mencari dana bagi menampung yang dianggarkan RM1.5 juta, saya alu-alukan. Utarakan cadangan anda dalam ruangan komen. Kalau diizinkan gedung ini siap kelak, pastinya itu terarah kepada generasi akan datang. Kami pastinya sudah lanjut usia dan hanya mampu tersenyum meninggalkan satu legasi untuk kemuliaan Tuhan.

4 ulasan:

ubi kayu berkata...

Tuan, RM 1.2 juta boleh dikumpul jika 'iman' yg dijadikan panduan. Dana ini boleh kumpul dana secara derma.

Misalnya:
RM50 setiap bulan, selama 10 tahun, oleh 200 orang jemaat sahaja.

RM50 x 12bulan x 10tahun x 200 jemaat
= RM 1,200 000.

* Bukan kah dana ini boleh direalisasikan?

Belum tambah derma dari orang-orang 'besar' yang pemurah. RM50 bukan jumlah yg agak banyak bagi golongan bekerja. Apatah lagi, tahun-tahun akan datang, nilainya mungkin hanya mampu membeli 10kg beras.

p/s: perhitungan ini mungkin dilihat senang, namun mencari 200 orang yg mempunyai 'kekuatan iman' utk sumbangkan derma setiap bulan ke gereja mungkin agak sukar. (maklumlah, suda biasa setiap minggu 20sen saja.. gurauan semata.)

Apa pun puji Tuhan! Semogan impian ini tercapai. Amen.

MAKLIN MASIAU berkata...

ubi kayu,tq dgn prkongsian yg praktikal.akan dikongsikn kpd rakan komiti bangunan.pastinya ubi kayu dlm list RM50..haha.Tuhan memberkati

ubi kayu berkata...

alamak tuan, silap tingu, RM1.5 juta pula. termasuk kos buruh ka tu? hehe. mau tambah orang lagi la dlm list tu. hehehe.

Tanpa Nama berkata...

Shallom saudara Maklin, saya tertarik dengan tajuk saudara ini berkenaan dengan impian saudara untuk mendirikan sebuah gereja yang sangat besar..
Sebenarnya, pcs pekan pitas ini mempunyai kemampuan untuk mendirikan sesebuah gereja yang besar seperti yang saudara impikan asal saja ada kesatuan dalam gereja di tempat saudara. Seperti yang dikatakan oleh Presiden PCS baru-baru ini, dalam hal kemandirian gereja,wang adalah hal yang terkecil sekali. Memang benar, Sebenarnya wang bukan penghalang bagi impian saudara dan jemaat saudara tapi komitmen jemaat di gereja anda untuk memberi sebenarnya. Jika setiap jemaat di gereja anda memberikan persepuluhan,dan memberikan hasil pertama kepada gereja,impian saudara itu PASTI akan menjadi kenyataan. Disamping itu,doa syafaat juga sangat penting selain pemberian kepada gereja.Jika saudara pernah melawat di Ontolob Parokhi Dandun, saudara pasti akan terkejut dengan keadaan di sana.Saudara akan melihat hasil kerja Tuhan di sana yang berlimpah-limpah hasil dari pemberian persepuluhan dan Pemberian Hasil pertama para jemaatnya.yang menanamnya adalah Pastor Ernest dan yang menyiramnya adalah pdt martin,cikgu jaman dll.Dan sudah pasti Allah yang menumbuhkannya.
Seperti yang ada tertulis dalam maleakhi 3:10 "Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan."
Jadi marilah kita sama-sama memberi dan ujilah DIA...GBU