Pengikut

15 April 2011

APAKAH KENYALANG TERBANG TINGGI?

Seminggu, blog sepi tanpa catatan. Saya menumpukan perhatian terhadap perkembangan politik di Sarawak. Selain paparan di website, saya juga mengikuti perkembangan ini melalui beberapa rakan di Sarawak. Mata dan telinga rakyat Malaysia tertumpu di sana bahkan yang dipelusuk desa. Cuma yang di pedalaman pastinya maklumat yang mereka terima tidak seimbang,hanya melalui arus perdana berbanding di kawasan bandar yang seimbang.
Apakah BN berjaya mempertahankan 2/3? Apakah pembangkang berjaya mengurangkan kerusi BN? Atau apakah ada tsunami melanda Sarawak? Melihat kepada komposisi pengundi Sarawak saya hanya yakin bahawa 2/3 dapat dikurangkan. PM kata dapat kembali 2/3 itu adalah bonus. Kata-kata ini menggambarkan ketidakyakinan. Pada peringkat awal ramai yang meramalkan PR dapat majoriti mudah tetapi momentum tidak dapat dipastikan terutama menjelang bom karpet. Bukankah ini adalah senjata terakhir yang biasa digunakan dan kalaulah pengundi di 24 kerusi panas (50-50) lemas dengan bom karpet pastilah kemenangan di pihak BN. Tapi kalau ditakdirkan PR menang, pastilah Sarawak dapat CM baru. Kalau tiada perubahan, seperti persetujuan awal, maka Baru Bian mencatat sejarah dari etnik Orang Ulu memimpin Sarawak. Saya pernah sama-sama dengan Saudara Baru Bian ini sebagai penceramah di Seminar Malaysian Awareness 2010 di Petaling Jaya.
SNAP? Prestasi mereka sukar diramal kerana mereka mengakui berkempen secara serangan hendap. SNAP menggunakan sentimen parti tertua, banyak berjasa dan berkonsepkan Borneo. Prestasi SNAP pastinya memberikan kesan kepada pengaruh dan perjuangan UBF yang diasaskan oleh Dr.Jefrey. Akhirnya, kita doakan agar esok rakyat Sarawak mengundi dari jiwa dan hati yang murni. Apakah kenyalang terbang tinggi esok? Sesuatu yang sangat mendebarkan. Agi Idup Agi Ngelaban !

Tiada ulasan: