Pengikut

17 April 2011

KENYALANG TETAP TERBANG

Keputusan pilihanraya di Sarawak telah kita ketahui dengan BN Sarawak mendapat 55 kerusi sambil mempertahankan 2/3 di DUN. Analisis umum, BN mendapat 372,379 undi popular atau 55.5% . Ini menunjukkan undi popular BN merosot 8%, berbanding 63% pada tahun 2006. Berbanding pembangkang mendapat 300,288 undi popular atau 45.5%, naik sebanyak 8%. Agak unik kerana walaupun pembangkang mendapat 45.5% undi popular namun hanya mendapat 16 kerusi. Inilah kelemahan sistem pilihanraya berdasarkan kerusi. Kalau berdasarkan sistem di Indonesia, pasti kerajaan campuran sudah ditubuhkan dan 45% post kabinet milik pembangkang. Namun inilah yanag diamalkan di Malaysia sejak sekian lama.
Ramai kawan-kawan yang SMS dan chat minta saya berikan pendapat tentang keputusan itu. Pendapat saya ini saya sesuaikan dengan komen salah seorang rakan saya di Sarawak yang agak dikenali juga samada dalam semua aspek. Keputusan itu agak adil secara umumnya kerana beberapa faktor :-
1. Rakyat Sarawak agak dilema membuat keputusan . Kalau singkirkan "BN Lokal", difahamkan UMNO dah siap sedia melebarkan sayap ke Sarawak. Bahkan sebelum ini dah ada penaja. Jadi rakyat dilema. Oleh itu adalah lebih baik kekalkan "BN Lokal".Autonomi masih wujud.
2. Mereka mengakui bahawa Taib memang "makan" banyak tapi pada masa yang sama turut memberi "banyak" kepada rakyat Sarawak. Kemiskinan memang agak subjektif untuk ditangani tetapi realitinya kemajuan pembangunan di Sarawak agak ke hadapan berbanding Sabah.
3. Sarawak tidak ada parti tempatan yang kuat. SNAP sebagai parti tertua telah terkubur sekian lama. Baru-baru sahaja dihidupkan. Dengan kekangan masa dan kewangan, maka SNAP gagal mengetengahkan reputasi yang meyakinkan rakyat Sarawak untuk menjadi pilihan menerajui Sarawak.
4. Pengundi Melayu/Melanau solid menyokong PBB kerana masih tidak dapat menerima kebarangkalian seorang ketua menteri Kristian menerajui Sarawak. Komposisi Kristian di Sarawak yang bukan majoriti menyebabkan risalah tentang itu ditabur meluas di kawasan pengundi Melanau dan menyebabkan mereka kebimbangan.

Ini antara beberapa dapatan saya berdasarkan perbualan dengan rakan itu dan saya permudahkan dalam bentuk analisis. Namun ada kebarangkalian bahawa rakyat Sarawak menetapkan keputusan sedemikan untuk pilihanraya DUN. Untuk mengekalkan autonomi, kabinet negeri mestilah diterajui oleh parti-parti lokal.Walaupun dalam komponen BN, parti-parti BN Sarawak masih ada autonomi membuat keputusan. Tengoklah semalam, 30 minit selepas SPR istiharkan kemenangan, Taib dah angkat sumpah. Mungkinkah kalau pilihanraya umum nanti, barulah ada perubahan yang jelas? Siapa yang tahu.

Akhirnya, keputusan itu menunjukkan kesepaduan pilihan pengundi Cina yang memilih DAP dengan satu hati. Walaupun apa juga cara untuk memujuk mereka, DAP tetap menjadi pilihan. DAP membuat keputusan bijak, bertanding mengikut kekuatan. Berbanding PKR yang kelihatannya agak tamak dan saya melihat tindakan itu kurang bijak. Bertanding hampir 50 kerusi memperlihatkan keinginan untuk menguasai satu negeri. Janganlah makan seorang2. Luas bah Sarawak tu. Hehe.

Apakah keputusan itu ada impak di Sabah? Persoalan ini menarik untuk dibahas kerana Sabah ada UMNO sedangkan Sarawak tiada UMNO. Tapi bukan masa sekarang kita mengupas.

Tiada ulasan: