Pengikut

03 April 2011

PENANTIAN



Bangunan makmal komputer ini "siap"dua tahun yang lalu tetapi masih belum boleh digunakan. Kelihatannya sudah siap tetapi belum ada penyerahan rasmi kepada pihak sekolah kerana tergolong dalam kelompok "projek sakit", masih dikategorikan terbengkalai. Masalah ini bukan sahaja berlaku di SMK Pitas tetapi kebanyakan negeri di Malaysia. Pihak kementerian sendiri mengakui status projek ini dan difahamkan terpaksa re-tender. Sekarang di peringkat mana? Tak tahu.
Masalah disini ialah kontraktor dan mekanisme. Ini pendapat peribadi saya. Visi dan misi kerajaan sudah cukup cantik dengan merancang pembinaan makmal-makmal komputer yang boleh memenuhi keperluan guru dan pelajar dalam semua aspek berkaitan pembelajaran komputer dan ICT. Dana ratusan juta juga diluluskan dalam belanjawan negara bagi membiayai projek ini. Ini bermaksud kita tidak salah meletakkan kesalahan di tangan kontraktor 100%. Tapi kena selidik juga, mekanisme tender yang digunakan. Apakah kaedah rundingan terus tanpa mengenalpasti kemampuan kontraktor? Atau kaedah payung, iaitu kontraktor utama dilantik (pastinya kontraktor utama yang berpengkalan di semenanjung). Kemudian, kontraktor utama akan agihkan atau pecahkan kepada sub kontraktor. Sub kedua kemungkinan akan re-sub lagi kepada kontraktor ketiga, akhirnya MENGORBANKAN NILAI WANG sebenar. Ini hanya pendapat dan andaian peribadi saya.
Cantik mata memandang tapi sakitnya hati golongan sasar yang benar-benar memerlukan pembangunan seperti ini. Wang rakyat seperti bola. Apakah ada tindakan kepada kontraktor yang gagal? Kalau itu melibatkan kroni pastinya akan terlepas begitu sahaja. Kalaupun disenaraihitam, bukannya susah. Buat lesen baru, pakai nama orang lain tetapi runner tetap orang yang sama. Memang mengecewakan kalau usaha murni kerajaan seperti ini digagalkan oleh kontraktor atau kelemahan mekanisme ataupun mungkin sikap little napoleon.
Bilakah bangunan akan digunakpakai? Generasi demi generasi yang sepatutnya menikmati dah berlalu dan mari kita terus menunggu !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Realitinya mcm itulah cikgu... Kalo GLOBINACO SDN BHD, company ini blh dpt 500 Juta setahun dari JKR tapi bila sudah SUB-CON itu project, hanya 57% ja disalurkan kpd SUB-CON. SUB-CON pula dapat 30%-50% daripada 57% daripada GLOBINACO. Akhirnya, jumlah bajet yang TERPAKAI 25% ja. huhuhu

MAKLIN MASIAU berkata...

pencuri zaman moden tidak lagi mencuri time org sedang tidur.

JAIPIN JABAP berkata...

Slgi kta akn bdiam dri, sli 2lh glngn yg x btanggngjwb 2 akn btrusn