Pengikut

31 Mac 2011

BERTEMU TOKOH PROFILIK

Saya sudah mendengar nama peribadi ini sejak sekian lama, rasanya 10 tahun lalu terutamanya apabila beliau mulai mendedahkan kisah-kisah sebalik tabir tentang masalah PTI di Sabah. Nama Mutalib M.D tak perlu diperkenalkan lagi. Buku-buku beliau berkaitan IC Palsu, PTI, Lelaki 007, Pengundi Hantu dan banyak lagi benar-benar membuka mata masyarakat yang prihatin bahkan tulisan-tulisan beliau menjadi rujukan dan perdebatan di Dewan Rakyat, Mahkamah, kedai kopi, website dan di mana saja. Memang agak mengujakan kerana beliau punya sumber maklumat dan keberanian yang luar biasa mendedahkan isu-isu ini yang merupakan Ibu kepada segala masalah di Sabah.
Bagaimana saya berkenalan dengan beliau? Selain membaca tulisan-tulisan d buku dan blognya, saya tak pernah berjumpa dengan beliau. Apabila beliau membuka website Sabahkini dan merancang untuk menubuhkan Persatuan Blogger Sabah, maka saya tanpa berfikir panjang menghubunginya melalui e-mail dan sms. PBS menerima keahlian saya dan melantik saya sebagai Naib Presiden III. Sejak itulah kami kadangkala saling berbalas e-mail dan sms tapi belum pernah berjumpa.
Dalam perjalanan dari KK beberapa minggu lalu, beliau memanggil saya. Beliau dan rombongan dalam perjalanan dari Banggi. Lalu kami mengatur perjumpaan di Kota Marudu. Maka di sanalah sejarah dicatat apabila kami bertemu buat pertama kalinya. Mengenali individu ini agak mengujakan. Seorang yang kelihatan berperwatakan serius, tenang, penuh ilmu di dada, proaktif dgn persekitaran tetapi kadangkala ada lelucuan. Banyak isu kami bincangkan, meliputi pelbagai aspek. Sangat baik membina rangkaian persahabatan dengan tokoh profilik seperti beliau dan saya mengucapkan terima kasih dengan ilmu, maklumat dan dorongan yang beliau kongsikan kepada saya dalam pertemuan yang singkat tapi penuh makna.

Tiada ulasan: