Pernahkah anda membayangkan seorang guru menunduk di hadapan seorang pelajarnya kemudian mencuci kaki murid tersebut? Kalau ada berlaku pasti sesuatu yang mustahil dan kelihatan janggal. Tetapi bagi PGKS ini bukan janggal bahkan kami dah biasa lakukan sejak sekian lama. Sejak tahun 2003, PGKS sudah melaksanakan 7 siri Kem Tunas Misi di kalangan pelajar Kristian di beberapa tempat seperti Pitas, Beluran, Sandakan, KK, Kota Marudu dan Kudat. Pada sesi malam terakhir, acara membasuh kaki berlangsung. Tidaklah dapat saya jelaskan konsep dan justifikasi sesi ini di ruangan ini tetapi memadai kalau saya katakan bahawa sesi akhir ini selalunya memberikan kesan yang positif terhadap personaliti pelajar. Pastinya susah membayangkan bagaimana seorang guru (pelbagai gred DG & jawatan) membasuh kaki murid tetapi itulah realitinya. Selain itu setiap peserta juga akan saling membasuh kaki. Semoga ratusan pelajar yang pernah menghadiri kem ini akan terus bertumbuh dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan