Pengikut

24 Mac 2011

GENAP 3 TAHUN

Kemarin, genap usia 3 tahun blog ini. Ingatan saya, idea 'membuka' blog ini sudah lama tetapi kekangan kecetekan ilmu ICT menyebabkan impian selalu tertunda. Saya selalu berkongsi impian ini dengan isteri saya. Selesai sahaja PRU12 Mac 2008, impian saya semakin membara dan nekad untuk belajar sendiri. Bermulalah penjelajahan kendiri yang akhirnya muncullah GerbangPitas. Tempoh 3 tahun..belum lama tapi sudah banyak peristiwa yang dicatat di blog ini,mengundang pelbagai karenah sesuai dengan kepelbagaian citarasa.
Bermula dari kalangan rakan, bekas pelajar dan kini 'liputan' semakin meluas. Hits menghampiri 30,000, purata kunjungan sehari 30 orang dan pernah mencecah 75 orang sehari. Pengikut kini seramai 92 orang. Pencapaian ini merupakan sokongan terhadap blog ini walaupun tanpa mendaftar dgn mana-mana "agensi pengiklanan' seperti nufnang, dll. Satu yang agak mengujakan ialah kebanyakan pengunjung berpengkalan di KL. Ini pasti kebanyakannya bekas pelajar. Berdasarkan 'risikan', nampaknya ada juga orang-orang besar@VIP yang kerap mengunjungi blog ini. VIP di pelbagai jabatan dan "jabatan politik". Pastinya kalau VIP ada misi khas mengunjungi blog sederhana ini.Takkan VIP menyibuk sini kalau tiada maksud??? Saya rasa kawan-kawan di bahagian keselamatan juga sesekali mengunjugi blog ni.

Pada masa yang sama sya yakin ada juga tetamu tidak diundang yang kerap melawat blog ini dengan misi yang JAHAT. Membaca, membuat tafsiran@mengubahsuai skrip kemudian melaporkan kepada pihak lain. Tujuan, menimbulkan keresahan dan kebencian kepada pihak tertentu yang mana supaya saya menerima musibah. Saya bukannya tak kenal mereka ini. Bukannya terlalu jauh dan bukannya jarang jumpa tapi saya takkan menari mengikut rentak anda. Kejahatan yang ditabur diluar kuasa saya untuk mengawal tetapi ada KUASA yang ADIL untuk menjadi pemutus.
Saya menulis pelbagai versi. Memberikan pendapat, ulasan, perkembangan semasa dan aktiviti yang dijalankan. Pasti saja kita berbeza pendapat. Tapi itu hak masing-masing selagi tidak melanggar perundangan dan tatasusila. Kalau ada yang berbisa cari penawarnya tapi jangan bunuh penulisnya. Paling mudah, jangan lagi kunjungi blog ini supaya jiwa tidak terus merana.
Akhirnya saya dedikasikan ucapan terima kasih kepada anda yang setia mengunjungi blog ini. Saya mengakui kadangkala ada post saya yang agak beremosi dan kurang menyenangkan. Hal ini sekali lagi saya mohon maaf. Blog tidak ubah seperti diari. Kalaupun ditakdirkan tidak ada lagi pengunjung blog ini, saya akan terus menulis kerana inilah minat dan naluri. saya. Kalau dalam tempoh 3 tahun anda mendapat secebis manfaat,itu sebahagian sumbangan minda saya. Moga GerbangPitas terus membawa satu paradigma kecil, berfikir di luar kerangka tradisi selama ini. Jumpa lagi !

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah, cikgu. Saya sokong blog ini 100%.... banyak info bagi kami orang muda tentang politik, sejarah Sabah dan macam2 isu yang berkatian pembangunan kita di sini khususnya Pitas... Teruskan usaha murni ini.

MAKLIN MASIAU berkata...

tq Nani,ko ja harapan sya ni..haha