+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sekembali dari KL, saya sempat menyertai forum Reformasi Pembiayaan Politik anjuran Transparency International Malaysia (TI-M) di Beverly Hotel. Sekitar 60 orang yang hadir yang terdiri daripada para a
hli politik, cendikiawan dan aktivitis. Para panel ternyata bukan calang-calang. Datuk Wan Ahmad (Timbalan Pengerusi SPR), Prof Datuk Mohd Ali (Tim.Presiden TI-M), Kol.Shaharudin (Tim.Pengerusi MAFREL) dan Tan Sri Simon Sipaun. Forum yang bertemakan Say No To Money Politics membincangakn situasi politik wang di Malaysia yang lumrahnya dikaitkan para pemimpin politik dan parti menjelang pilihanraya. Para panel mengupas dengan baik dan suasana forum menjadi panas apabila ramai yang mulai mempertikaikan kewibawaan SPR. Namun wakil SPR menegaskan bidang kuasa yang terhad dan tidak peruntukan undang-undang. SPR telah berterus terang bahawa telah banyak cadangan dikemukakan tetapi pihak berwajib masih keberatan menggubal undang-undang berkaitan politik wang. Faham-faham lah !!! Saya beruntung memperolehi banyak ilmu dan maklumat melalui forum ini.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Seminar Literasi Misi anju
ran PGKS dengan kerjasama SU,SCC dan Anglikan Diosis Sabah berjaya mengumpulkan hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada para guru dan pemimpin gereja dari seluruh Sabah. Sejak saya menjadi pengerusi PGKS pada tahun 1997 sehingga sekarang, inilah seminar yang paling mendapat sambutan. Para penceramah dan panel yang terdiri daripada Ps.Alfred (NECF), Dr.David Fung (Peguam), Datuk Mary Yap (SCCMS), Bishop Datuk Albert (SCC) telah mengupas tema dan isu dengan begitu mantap. Saya sendiri menyampaikan satu kertas kerja berdasarkan pengalaman saya sebagai pengerusi PGKS selama 14 tahun. Semoga seminar ini memberi impak dan dimensi baru kepada semua peserta untuk bangkit dan berani menyatakan kebenaran dan pendirian.
++++++++++++++++++++++++++++++
Cuti seminggu berlalu dengan cepat. Rasanya saya tak menikmati percutian ini. Signifikannya, cuti kali ini saya mene
mpah sejarah pergi balik KL dalam tempoh 24 jam. Walau begitu saya sempat menyelesaikan beberapa urusan penting. Kunjungan ke KL kali ini juga adalah yang pertama bersama isteri tersayang. Tapi nasihat saya kepada Firelfly, perbaiki servis ketika menjual makanan. Apa pun, esok kembali bertugas di sekolah. Tugas rasmi di sekolah tetap diutamakan. Terima kasih kepada anda pengunjung setia blog ini. 23 Mac ni, blog ini dah berusia 4 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan