Saya melihat keinginan hadirin untuk berubah sebagai kecintaan terhadap Sabah sangat kuat !!! INI KALI LAH !!!
Pengikut
26 Februari 2011
UBF DI PITAS
Saya melihat keinginan hadirin untuk berubah sebagai kecintaan terhadap Sabah sangat kuat !!! INI KALI LAH !!!
24 Februari 2011
SUKA DUKA
Keputusan STPM telah diumumkan dan diketahui. Agak menyedihkan kerana peratus keseluruhan STPM SMK Pitas menurun pada tahun ini seiring dengan penurunan prestasi beberapa subjek. Kesedihan ini bertambah perit apabila mengingatkan bahawa kami telah berbelanja agak banyak untuk membantu generasi mereka ini. Melihat prestasi mereka sepanjang tahun 2009 dan awal 2010 mendorong kami merancang beberapa program khususnya di kalangan panggilan kedua yang agak ramai. Namun hasil yang diharapkan sangat jauh daripada gapaian yang menyebabkan minggu ini amat suram bagi kami semua. Disebaliknya, tahniah diucapkan kepada SMK Pinggan-Pinggan yang memperlihatkan kenaikan peratus, diiringi peningkatan cemerlang dalam hampir semua subjek.
Sukanya,dari segi pencapaian individu,tahniah kpd adik Davenel Kudong yang mendapat prinsipal 3A dan 1B selaku yg trbaik di daerah. Begitu juga adik Rehan, Alfred, Jakclyn, Sabri dan ramai lagi yang mendapat keputusan membanggakan. Moga anda semua mendapat tempat dan kursus yang baik di IPTA.
Berdepan dengan pengetua, saya mengakui segala kekurangan dan kelemahan dalam semua aspek. Beberapa "ujikaji" tahun lalu dilihat gagal dan harus diperbaiki. Walaupun tiap generasi pelajar mempunyai prestasi tersendiri tetapi setiap kegagalan harus diterima dan diakui, khususnya bagi seseorang yang mengetuai organisasi itu. Saya mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada semua guru pra-u yang bertungkus lumus sepanjang tahun. Saya bersama anda dan tahu usaha anda. Tahun ini kita berdepan dengan bilangan calon yang agak ramai, iaitu 71 orang. "INI KALI LAH"...hehe
P/S : Tahniah kepada SMK Kota Marudu yang melahirkan pelajar terbaik STPM bagi kategori sekolah pedalaman peringkat kebangsaan. INI BARU LAH...

18 Februari 2011
MUNGKIN HANYA KESILAPAN ????

12 Februari 2011
INI KALI LAH

Alasan paling mudah ialah dengan mempersalahkan mereka yang miskin ini. Kata-kata "jangan mengharapkan bantuan" " mesti berusaha keras" dan sebagainya. Tidak dinafikan terdapat di kalangan mereka yang bermentaliti subsidi tapi adakah semua sama?
Saya teringat satu projek kerajaan di pesisiran Sungai Bengkoka, kawasan hulu yang melibatkan penanaman beberapa tanaman kontan dengan peserta yang begitu ramai. Projek "touch and go" ini menelan puluhan ribu (kalau bukan ratusan ribu). Persoalannya kemana suda hasil projek ini? Apakah kontraktor gagal claim peruntukan yang menyebabkan projek gagal ATAU hanya projek yang gagal tetapi claim berjaya. Apakah kontraktor hanya mengambil gambar-gambar tanaman kacang tanah, pisang,dll yang sudah lama ditanam oleh penduduk sebagai modal untuk menuntu?
Ini hanya secebis contoh bagaimana program pembasmian boleh gagal. Penduduk sudah bersedia bekerja dan mahu mengubah mentaliti tetapi hampa. Kenapa tiada tindakan terhadap segala kegagalan pelaksanaan khususnya yang diakibatkan oleh kontraktor? Apakah kerana kontraktor-kontraktor ini kroni maka boleh terlepas begitu sahaja? Kalau inilah amalan selamanya, maka tidak akan hasil dari semua program.
Harus ada perubahan untuk mempastikan kejayaan. Kalau tiada perubahan, rakyat ada hak untuk mengubah. Tukarlah pemimpin yang rasuah atau yang bersetuju dengan sebarang bentuk penyelewengan. Saya mahu perubahan !!!
U/P : gambar ehsan cahayafm.
08 Februari 2011
Mengenali United Borneo Front (UBF)

Mission:
To reverse colonization-style form of governance and restore the special rights, privileges and equal partnership status of the Borneo States in the Federation.
Vision:
That the Borneo States of Sabah and Sarawak will be a free, politically autonomous, democratic, secure and economically progressive state of Malaysia.
Core Objectives:
To ensure that the Malaysia Agreement including the 20 points conditions, assurances and the undertakings by Tunku Abdul Rahman and those contained in the Inter-Governmental Committee (IGC) Report as well as the Cobbold Commission are respected and implemented as per Article VIII of the Malaysian Agreement 1963.
TETAPI, memahami yang tertulis jauh berbeza dengan mendekati peribadi yang mengasaskan gagasan pemikiran ini iaitu Datuk Dr.Jefrey Kitingan. Fenomena UBF turut menjalar ke Pitas dan mulai menjadi bualan. Saya turut menjadi tempat bertanya. Sayangnya kefahaman dan pemahaman saya tentang UBF masih tidak cukup untuk memuaskan kehendak penjelasan. Oleh itu saya bersetuju dengan usaha sekumpulan rakyat Pitas untuk menjemput UBF datang ke Pitas pada 26 Februari, Sabtu, 2pm di Restoran Torong Soko. Difahamkan Datuk Dr Jefrey sudah mengesahkan kehadiran untuk berkongsi dan berdialog tentang UBF. Saya antara yang awal mengesahkan kehadiran. Rasanya oleh kerana UBF hanyalah NGO, maka tidak ada halangan kepada sesiapa untuk hadir. Di sanalah kita mendengar dan menganalisis sendiri kemudian barulah membuat pendirian. UBF !!!!... Selamat Datang ke Pitas !!!.
03 Februari 2011
KELOMPOK KG BILANGAU KECIL
Langgan:
Catatan (Atom)