
Alasan paling mudah ialah dengan mempersalahkan mereka yang miskin ini. Kata-kata "jangan mengharapkan bantuan" " mesti berusaha keras" dan sebagainya. Tidak dinafikan terdapat di kalangan mereka yang bermentaliti subsidi tapi adakah semua sama?
Saya teringat satu projek kerajaan di pesisiran Sungai Bengkoka, kawasan hulu yang melibatkan penanaman beberapa tanaman kontan dengan peserta yang begitu ramai. Projek "touch and go" ini menelan puluhan ribu (kalau bukan ratusan ribu). Persoalannya kemana suda hasil projek ini? Apakah kontraktor gagal claim peruntukan yang menyebabkan projek gagal ATAU hanya projek yang gagal tetapi claim berjaya. Apakah kontraktor hanya mengambil gambar-gambar tanaman kacang tanah, pisang,dll yang sudah lama ditanam oleh penduduk sebagai modal untuk menuntu?
Ini hanya secebis contoh bagaimana program pembasmian boleh gagal. Penduduk sudah bersedia bekerja dan mahu mengubah mentaliti tetapi hampa. Kenapa tiada tindakan terhadap segala kegagalan pelaksanaan khususnya yang diakibatkan oleh kontraktor? Apakah kerana kontraktor-kontraktor ini kroni maka boleh terlepas begitu sahaja? Kalau inilah amalan selamanya, maka tidak akan hasil dari semua program.
Harus ada perubahan untuk mempastikan kejayaan. Kalau tiada perubahan, rakyat ada hak untuk mengubah. Tukarlah pemimpin yang rasuah atau yang bersetuju dengan sebarang bentuk penyelewengan. Saya mahu perubahan !!!
U/P : gambar ehsan cahayafm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan