Pengikut

24 Februari 2011

SUKA DUKA

Keputusan STPM telah diumumkan dan diketahui. Agak menyedihkan kerana peratus keseluruhan STPM SMK Pitas menurun pada tahun ini seiring dengan penurunan prestasi beberapa subjek. Kesedihan ini bertambah perit apabila mengingatkan bahawa kami telah berbelanja agak banyak untuk membantu generasi mereka ini. Melihat prestasi mereka sepanjang tahun 2009 dan awal 2010 mendorong kami merancang beberapa program khususnya di kalangan panggilan kedua yang agak ramai. Namun hasil yang diharapkan sangat jauh daripada gapaian yang menyebabkan minggu ini amat suram bagi kami semua. Disebaliknya, tahniah diucapkan kepada SMK Pinggan-Pinggan yang memperlihatkan kenaikan peratus, diiringi peningkatan cemerlang dalam hampir semua subjek.
Sukanya,dari segi pencapaian individu,tahniah kpd adik Davenel Kudong yang mendapat prinsipal 3A dan 1B selaku yg trbaik di daerah. Begitu juga adik Rehan, Alfred, Jakclyn, Sabri dan ramai lagi yang mendapat keputusan membanggakan. Moga anda semua mendapat tempat dan kursus yang baik di IPTA.
Berdepan dengan pengetua, saya mengakui segala kekurangan dan kelemahan dalam semua aspek. Beberapa "ujikaji" tahun lalu dilihat gagal dan harus diperbaiki. Walaupun tiap generasi pelajar mempunyai prestasi tersendiri tetapi setiap kegagalan harus diterima dan diakui, khususnya bagi seseorang yang mengetuai organisasi itu. Saya mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada semua guru pra-u yang bertungkus lumus sepanjang tahun. Saya bersama anda dan tahu usaha anda. Tahun ini kita berdepan dengan bilangan calon yang agak ramai, iaitu 71 orang. "INI KALI LAH"...hehe

P/S : Tahniah kepada SMK Kota Marudu yang melahirkan pelajar terbaik STPM bagi kategori sekolah pedalaman peringkat kebangsaan. INI BARU LAH...

Tiada ulasan: