Petang tadi berlangsung di Restoran Torong Soko, Pitas berlangsung Jamuan Teh dan Dialog UBF bersama beberapa rakan yang sudi hadir. UBF selaku penganjur utama datang dalam satu rombongan yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan, En.Zainal Ajamain dan Pn Nilakrisna James. Penganjur membuat jemputan terhad memandangkan beberapa faktor, justeru kehadiran seramai 71 orang adalah menepati jangkaan. Walaupun hanya seramai 71 orang tetapi meliputi hampir keseluruhan kampung-kampung di Pitas dan dari pelbagai kaum.
Dr Jeffrey menghuraikan latar belakang penubuhan Malaysia dan penilaian sejauhmana valid nya perjanjian itu. Juga menyentuh layanan buruk yang diterima oleh Sabah sejak 47 tahun dalam Malaysia dan akhirnya menjelaskan sebab penubuhan UBF. Semasa sesi dialog, pelbagai soalan diutarakan dan semuanya menjurus kepada ketidakpuasan hati terhadap layanan yang diterima. Diakhir sesi, undian bertulis dijalankan dan ternyata 98.4% bersetuju dan menyokong perjuangan UBF. Ramai yang mendesak agar UBF menubuhkan parti tetapi Dr.Jefrey tidak memberikan jawaban yang jelas. Dia meninggalkan persoalan.Saya melihat keinginan hadirin untuk berubah sebagai kecintaan terhadap Sabah sangat kuat !!! INI KALI LAH !!!
2 ulasan:
Hebat... Kekuatan org luar dr kawasan bandar memang hebat... harap2 UBF boleh menjadi harapan kepada Sabah... Saya akan mencari informasi dan ingin sekali menghadiri dialog UBF dimana2... kalau ada informasi..sila2 la kongsi...
yg pasti, diharapkan tiada campur tangan parti luar dlm perjuangan UBF...sekalipun parti KITA... kalau cita2 Datuk Dr.Jeffrey yang dulu2 mau bawa keluar Sabah dari Malaysia maC kuat...tackle hati anak2 muda...
perjuangan UBF mimang boleh tahan, tapi saya melihat dan menilai kredibeliti pemimpin yang memimpin perjuangan UBF...sejarah kepemimpinan DJK sebelum ini, satu delima permainan diminda...> satu pandangan orang muda
Catat Ulasan