Sungai dan keseluruhan kampung ini memang menarik. Cuma agak bising dengan bunyi lori besar yang tak berhenti berulang alik mengangkut batu kuari amat mengganggu ketenangan. Saya fikir pihak PJKKK patut berunding dengan pihak syarikat untuk menetapkan jangka masa khas perjalanan lori tersebut. Kalaulah gangguan bunyi bermula seawal pagi sehingga lewat petang memang memberikan kesan tidak baik. Begitu juga saya berharap kilang kuari itu tidak menjejaskan kebersihan sungai tersebut.
Terima kasih Kg Buruni khususnya rakan-rakan yang menerima kunjungan tidak diundang. Semoga kita berjumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan