Pengikut

06 Mac 2011

APA CERITA?

Menjelajah fb, saya menjumpai beberapa gambar yang dipaparkan oleh Happy Bee http://www.facebook.com/ikhwanalmalizi?sk=photos#!/profile.php?id=1481623053 (pastinya seorang guru). Gambar-gambar semasa sukan MSSS Zon 2, Pitas yg merupakan zon saya masa zaman sekolah rendah dulu. Saya tertarik dengan gambar ini. Pastinya acara lompat pagar tetapi yang ini agak unik kerana menggunakan kayu dan bukannya alat sebenar.Dari sudut positif,saya bangga dengan semangat dan kreativiti penganjur khususnya para guru semata-mata mempastikan acara ini dapat berlangsung. Pastinya mereka terpaksa ke hutan mendapatkan kayu dengan saiz yang sesuai. Ini diluar skema tugas rasmu seorang guru tetapi harus dilakukan.
Namun sudut lain, gambar ini juga mengundang pelbagai persoalan. Dalam era sekarang, agak mengejutkan kalau pilihan seperti ini masih wujud. Saya tidak membuat andaian prejudis. Mungkin saja faktor-faktor teknikal maka pagar sebenar tidak dapat disediakan. Tetapi kalaulah memang disebabkan "ketiadaan pagar", maka sesuatu harus dilakukan. Jadi, apa cerita sebenar?

P/S: Kepada Happy Bee, mohon maaf dan terima kasih dengan copyright gambar anda.

Tiada ulasan: