Pengikut

27 Jun 2010

SIRI 2 : RESPON PEMIMPIN "KELAS SATU"

Data dan fakta yang telah didedahkan sebenarnya telah ditanyakan dalam Dewan Rakyat bahkan telah menjadi pengetahuan umum. Disember 2005, SUHAKAM telah mempersoalkan peningkatan populasi Sabah yang luar biasa dan kemungkinan Sabah akan diambil alih oleh pendatang asing. Datuk Seri Nazri Aziz memberikan respon seperti berikut :
  • Peningkatan ini adalah perkara biasa
  • Ini membuktikan kemudahan perkhidmatan kesihatan di Sabah telah meningkat

Setiausaha Parlimen KDN pula memberikan alasan yang berbeza iaitu bahawa "kawasan pedalaman yang bergunung-ganang menyebabkan kelewatan pendaftaran surat beranak pada tahun 1970-an"

Apakah inilah sebabnya peningkatan populasi yang mendadak di Sabah? Jawaban itu ada di depan mata, wujud dalam kehidupan seharian kita. Jawaban ini membuktikan "kewibawaan pemimpin kelas satu" yang ternyata ada unsur tersirat. Kasihannya kita ini.....

23 Jun 2010

SIRI 1 : POPULASI SABAH 1970-2000

Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan secara berperingkat beberapa maklumat atau data yang rasanya relevan dan perlu kita sebagai Sabahan ketahui.

TAHUN SABAH SARAWAK
1970 648,693 976,269
1980 1,013,003 1,235,553
1991 1,808,848 1,642,771
2000 2,603,485 2,012,616

Dalam tempoh 1970-2000, populasi Sabah meningkat sebanyak 301% berbanding Sarawak yang hanya meningkat sebanyak 106%.

Mari perhatikan peningkatan populasi di Sabah berdasarkan bangsa.

TAHUN KDM BAJAU/IRRANUN MELAYU
1970 215,811 77,271 18,362
2000 564,600 343,200 303,500

Ringkasnya, dalam tempoh 1970-2000, populasi KDM meningkat sebanyak 162%, BAJAU/ IRRANUN 344% tetapi yang paling menakjubkan MELAYU meningkat dengan mendadak sebanyak 1552%

Datuk Nazri Aziz dlm laporan Dewan Rakyat memberitahu bahawa dlm tempoh 2004-jun 2008, sekitar 1.7 juta PATI memasuki Sabah. Yang diberkas hanya 52,000. Bermaksud masih ada 1.6 juta yang sedang Selesa tinggal di Sabah.

SUHAKAM dalam mStar online 23 Disember 2005 memberitahu bahawa peningkatan populasi di Sabah sehingga empat kali ganda adalah kerana PATI.

SEHINGGA SEKARANG, saya melihat kerajaan gagal menangani masalah ini. Sekarang kita telah menjadi minoriti d bumi sendiri. Anda telah matang untuk berfikir, menilai dan memberikan respon dengan waras. Sabah Tanahairku...Negeri kita yang tercinta !!!!

18 Jun 2010

KUOTA ATAU MERIT?

Agak lama tak update blog ni. Nama saja cuti sekolah tetapi lebih sibuk berbanding hari persekolahan. Roadshow di beberapa daerah atas kapasiti PGKS-NECF agak memenatkan namun menemukan saya dengan beberapa rungutan daripada pebagai lapisan masyarakat. Rungutan merujuk kepada keputusan kursus perguruan lepasan SPM. Di Telupid dan Kota Marudu, ramai ibu bapa tidak puas hati kerana pelajar yg cemerlang dlm SPM, melepasi syarat kelayakan (merit A) tetapi gagal. Mereka merisik, rakan yg lain yg keputusan lebih rendah dapat pula. Entah apakah kriteria "misteri" yg menjadi rujukan mereka? Sblm inipun ramai juga merungut dgn pemilihan ke SBPS dan MRSM.
Dalam kes KPLSPM, saya teringat suatu ketika kementerian pernah menggariskan antara tindakan mengatasi kekurangan guru di pedalaman Sabah Sarawak ialah dengan melatih lebih ramai pelajar dari kawasan berhampiran. Apakah polisi ini telah digunapakai atau masih relevan? Apakah kriteria sebenar? Kuota atau Merit?

09 Jun 2010

"KITA" MULAI DEMAM

Tinggal beberapa hari lagi kick off FIFA World Cup akan bermula. Antara pesta sukan peringkat dunia yang meriah,kalau bukan yang paling meriah mengatasi Sukan Olimpik. Sejak era tradisional sukan bolasepak telah merentasi semua 'sempadan sosial' manusia, mengatasi batasan fahaman agama, politik, kaum, umur, taraf sosial , jantina dan sebagainya. Bolasepak terus unggul. Kini kemuncak demam bola sepak menggamit lagi, apatah lagi buat pertama kali benua Afrika yang diwakili Afrika Selatan menjadi tuan rumah. Sekali lagi bukti betapa bolasepak boleh memungkinkan segalanya.
Demam ini turut melanda Malaysia. Kali ini demamnya hebat sedikit apabila kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi (pertaruhan) bola sepak kepada toki Vincent Tan. Walaupun terbaru PM menafikan telah meluluskan lesen tetapi pengakuan syarikat sebelum ini membingungkan, apakah PM atau Vincent Tan yg berbohong. Lapisan masyarakat membantah pemberian lesen ini. Ternyata bola sepak benar-benar mendemamkan bahkan boleh menggugat reputasi kerajaan.
Demam ini turut melanda pelusuk kawasan. Dikhabarkan jualan 'astro' melambung tinggi. Di negara lain, kerajaan terpaksa menganjalkan jadual pejabat kerana sedia maklum kesan demam ini terhadap prestasi kehadiran kakitangan ke pejabat. Harap-harap slip 'MC' dari hospital atau klinik turut tidak melambung kerana ini boleh menjadi alasan mudah untuk lewat atau tidak datang bertugas.
Pertandingan ini berlangsung selama sebulan. Satu tempoh masa yang sangat lama. Saya biasanya tidak menonton kesemua perlawanan. Saya lebih suka selected terutama yang melibatkan pasukan handalan. So...anda menyokong pasukan mana ? Dan anda menjangka pasukan mana bakal juara? Kerana yang disokong tidak semesti jadi juara. Sejak kecil saya meminati England, so sudah tentu saya menyokong England. Saya lihat team England kali ini antara yang terbaik, walaupun sedikit cacat dengan kecederaan Rio Ferdinand tetapi saya melihat Wayne Rooney dalam keadaan prestasi terbaik. Namun, secara jujur saya tidak yakin England boleh jadi juara, walaupun mereka ada potensi dan patut boleh jadi juara. Saya menamakan 4 pasukan sebagai bakal juara, iaitu Brazil, Sepanyol, Argentina dan Belanda.
Selamat berjuang..Go ! Go ! Go ! England......

05 Jun 2010

MIMPI BURUK TERUS MENJADI REALITI

Tiga hari saya balik kampung. Melawat keluarga, kebun dan sebagainya. Saya melalui jalan baru iaitu Dandun-Salungkapit- Bambangan Sook-Nungu-Pinapak-Towokou. Adventure bukan. Jalan baru ini bukannya projek kerajaan tapi dibina oleh syarikat swasta yang membeli tanah yang dijual oleh org kg dan membuka ladang sawit. RUPANYA ORANG KAMPUNG HARUS MENJUAL TANAH BARU DAPAT MENIKMATI JALAN RAYA.
Saya tidak mahu komen situasi jalan yang saya lalui kerana itu bukan milik dan selenggeraan kerajaan. Kualiti di tangan syarikat itu. Mujurlah mereka belum membina pagar.Suatu masa kalau sawit sudah mengeluarkan hasil, saya yakin syarikat akan membina pagar dan orang kampung terpaksa bergerak mengikut jadual mereka dan tidak mustahil ada tol. Inilah nasib kita, seperti yang dialami oleh beberapa kampung di Tangkarason dan Paitan.
Kembali ke Pitas, saya terpaksa menggunakan perahu kerana paras sungai Bengkoka naik dan kenderaan tidak dapat melalui. Adventure ini dah menjadi rutin. Menaiki perahu bukan lagi seronok bagi saya dan ribuan penduduk kampung. Bukan lagi dianggap asam garam kehidupan tetapi racun kehidupan. Amat menyusahkan dan memenatkan. Kalau paras sungai cetek, maka orang yang menarik perahu dan bayangkan penderitaan yang dialami oleh mereka yang sakit tenat, warga emas atau membawa barang-barang.
Cukuplah...sakap pun tiada guna. Apakah kerajaan dah tahu? SUDAH. Apakah sudah ada permohonan rasmi? SUDAH. Apakah sudah ada lawatan? SUDAH (tengah malam pun melawat time kempen). Dah masuk Rancangan Malaysia? SUDAH, masuk RMK6, dilaksana 2km dalam RMK7 dan terbengkalai, RMK8 tiada perkembangan. Saya follow up, masuk dlm RMK9 tapi tak dilaksana. RMK10? Saya dah malas dan kecewa.. ini kerja YB & co dan bukannya saya yang hanya orang biasa. Selepas menulis surat ke putrajaya, pairin, raymond, MP, ADUN, DO, usaha terakhir saya ialah menemui YB Bolkiah 6 bulan selepas kemenangannya. Dah masuk dalam "notebook"nya time tu. Skrg berdiam dan menunggu bulan jatuh ke riba.
Kesimpulan saya buat masa ini, ribuan penduduk di kawasan Ulu Pitas tidak berharga kepada mereka. Ini mungkin kerana "kita/kami" dikenal sebagai orang sabar, tidak suka melawan, pengikut sahaja, tiada nilai dan paling mudah dikenal sebagai ORANG BODOH. Wait n see.....