Pengikut

05 Jun 2010

MIMPI BURUK TERUS MENJADI REALITI

Tiga hari saya balik kampung. Melawat keluarga, kebun dan sebagainya. Saya melalui jalan baru iaitu Dandun-Salungkapit- Bambangan Sook-Nungu-Pinapak-Towokou. Adventure bukan. Jalan baru ini bukannya projek kerajaan tapi dibina oleh syarikat swasta yang membeli tanah yang dijual oleh org kg dan membuka ladang sawit. RUPANYA ORANG KAMPUNG HARUS MENJUAL TANAH BARU DAPAT MENIKMATI JALAN RAYA.
Saya tidak mahu komen situasi jalan yang saya lalui kerana itu bukan milik dan selenggeraan kerajaan. Kualiti di tangan syarikat itu. Mujurlah mereka belum membina pagar.Suatu masa kalau sawit sudah mengeluarkan hasil, saya yakin syarikat akan membina pagar dan orang kampung terpaksa bergerak mengikut jadual mereka dan tidak mustahil ada tol. Inilah nasib kita, seperti yang dialami oleh beberapa kampung di Tangkarason dan Paitan.
Kembali ke Pitas, saya terpaksa menggunakan perahu kerana paras sungai Bengkoka naik dan kenderaan tidak dapat melalui. Adventure ini dah menjadi rutin. Menaiki perahu bukan lagi seronok bagi saya dan ribuan penduduk kampung. Bukan lagi dianggap asam garam kehidupan tetapi racun kehidupan. Amat menyusahkan dan memenatkan. Kalau paras sungai cetek, maka orang yang menarik perahu dan bayangkan penderitaan yang dialami oleh mereka yang sakit tenat, warga emas atau membawa barang-barang.
Cukuplah...sakap pun tiada guna. Apakah kerajaan dah tahu? SUDAH. Apakah sudah ada permohonan rasmi? SUDAH. Apakah sudah ada lawatan? SUDAH (tengah malam pun melawat time kempen). Dah masuk Rancangan Malaysia? SUDAH, masuk RMK6, dilaksana 2km dalam RMK7 dan terbengkalai, RMK8 tiada perkembangan. Saya follow up, masuk dlm RMK9 tapi tak dilaksana. RMK10? Saya dah malas dan kecewa.. ini kerja YB & co dan bukannya saya yang hanya orang biasa. Selepas menulis surat ke putrajaya, pairin, raymond, MP, ADUN, DO, usaha terakhir saya ialah menemui YB Bolkiah 6 bulan selepas kemenangannya. Dah masuk dalam "notebook"nya time tu. Skrg berdiam dan menunggu bulan jatuh ke riba.
Kesimpulan saya buat masa ini, ribuan penduduk di kawasan Ulu Pitas tidak berharga kepada mereka. Ini mungkin kerana "kita/kami" dikenal sebagai orang sabar, tidak suka melawan, pengikut sahaja, tiada nilai dan paling mudah dikenal sebagai ORANG BODOH. Wait n see.....

2 ulasan:

windi berkata...

Orang Kg Telaga terkenal dengan keagresifan mereka tapi jalan raya ke kampung mereka boleh tanam padi sawah kalau musim hujan. Padahal Timb Ment pengangkutan Malaysia Orang Rosob. Apa macam tu?

MAKLIN MASIAU berkata...

itulah yg harus difikir oleh semua rakyat. telah mengundi, beri sokongan 100% tapi dilayan dgn teruk. Apakah perlu perubahan?