Pengikut

09 Jun 2010

"KITA" MULAI DEMAM

Tinggal beberapa hari lagi kick off FIFA World Cup akan bermula. Antara pesta sukan peringkat dunia yang meriah,kalau bukan yang paling meriah mengatasi Sukan Olimpik. Sejak era tradisional sukan bolasepak telah merentasi semua 'sempadan sosial' manusia, mengatasi batasan fahaman agama, politik, kaum, umur, taraf sosial , jantina dan sebagainya. Bolasepak terus unggul. Kini kemuncak demam bola sepak menggamit lagi, apatah lagi buat pertama kali benua Afrika yang diwakili Afrika Selatan menjadi tuan rumah. Sekali lagi bukti betapa bolasepak boleh memungkinkan segalanya.
Demam ini turut melanda Malaysia. Kali ini demamnya hebat sedikit apabila kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi (pertaruhan) bola sepak kepada toki Vincent Tan. Walaupun terbaru PM menafikan telah meluluskan lesen tetapi pengakuan syarikat sebelum ini membingungkan, apakah PM atau Vincent Tan yg berbohong. Lapisan masyarakat membantah pemberian lesen ini. Ternyata bola sepak benar-benar mendemamkan bahkan boleh menggugat reputasi kerajaan.
Demam ini turut melanda pelusuk kawasan. Dikhabarkan jualan 'astro' melambung tinggi. Di negara lain, kerajaan terpaksa menganjalkan jadual pejabat kerana sedia maklum kesan demam ini terhadap prestasi kehadiran kakitangan ke pejabat. Harap-harap slip 'MC' dari hospital atau klinik turut tidak melambung kerana ini boleh menjadi alasan mudah untuk lewat atau tidak datang bertugas.
Pertandingan ini berlangsung selama sebulan. Satu tempoh masa yang sangat lama. Saya biasanya tidak menonton kesemua perlawanan. Saya lebih suka selected terutama yang melibatkan pasukan handalan. So...anda menyokong pasukan mana ? Dan anda menjangka pasukan mana bakal juara? Kerana yang disokong tidak semesti jadi juara. Sejak kecil saya meminati England, so sudah tentu saya menyokong England. Saya lihat team England kali ini antara yang terbaik, walaupun sedikit cacat dengan kecederaan Rio Ferdinand tetapi saya melihat Wayne Rooney dalam keadaan prestasi terbaik. Namun, secara jujur saya tidak yakin England boleh jadi juara, walaupun mereka ada potensi dan patut boleh jadi juara. Saya menamakan 4 pasukan sebagai bakal juara, iaitu Brazil, Sepanyol, Argentina dan Belanda.
Selamat berjuang..Go ! Go ! Go ! England......

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Belanda macam ada harapan tau