Pengikut

23 Jun 2010

SIRI 1 : POPULASI SABAH 1970-2000

Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan secara berperingkat beberapa maklumat atau data yang rasanya relevan dan perlu kita sebagai Sabahan ketahui.

TAHUN SABAH SARAWAK
1970 648,693 976,269
1980 1,013,003 1,235,553
1991 1,808,848 1,642,771
2000 2,603,485 2,012,616

Dalam tempoh 1970-2000, populasi Sabah meningkat sebanyak 301% berbanding Sarawak yang hanya meningkat sebanyak 106%.

Mari perhatikan peningkatan populasi di Sabah berdasarkan bangsa.

TAHUN KDM BAJAU/IRRANUN MELAYU
1970 215,811 77,271 18,362
2000 564,600 343,200 303,500

Ringkasnya, dalam tempoh 1970-2000, populasi KDM meningkat sebanyak 162%, BAJAU/ IRRANUN 344% tetapi yang paling menakjubkan MELAYU meningkat dengan mendadak sebanyak 1552%

Datuk Nazri Aziz dlm laporan Dewan Rakyat memberitahu bahawa dlm tempoh 2004-jun 2008, sekitar 1.7 juta PATI memasuki Sabah. Yang diberkas hanya 52,000. Bermaksud masih ada 1.6 juta yang sedang Selesa tinggal di Sabah.

SUHAKAM dalam mStar online 23 Disember 2005 memberitahu bahawa peningkatan populasi di Sabah sehingga empat kali ganda adalah kerana PATI.

SEHINGGA SEKARANG, saya melihat kerajaan gagal menangani masalah ini. Sekarang kita telah menjadi minoriti d bumi sendiri. Anda telah matang untuk berfikir, menilai dan memberikan respon dengan waras. Sabah Tanahairku...Negeri kita yang tercinta !!!!

3 ulasan:

Ommmm berkata...

Saya setuju dgn Mark tetapi Selain daripada sebab PTI yang baru datang difahamnkan juga bahawa PTI lebih kuat beranak berbanding dgn KDM(ikut pengalaman di Wad Bersalin nisbah kelahiran KDM dgn PTI=1:10) Org KDM juga ramai yg menganut agama yg tidak mengizinkan Poligami disamping KDM yg berkerjaya sibuk takut beranak ramai.

MAKLIN MASIAU berkata...

Pendpt saudara ommmmm memang ada kebenarannya.faktor kelahiran turut menyumbang di samping layanan keselesaan sesetengah agensi terhdp mereka.

Tanpa Nama berkata...

ada dalang besar di sebalik semua ini!!! Selamatkan Sabah daripada PTI!!!