Pengikut

27 Jun 2010

SIRI 2 : RESPON PEMIMPIN "KELAS SATU"

Data dan fakta yang telah didedahkan sebenarnya telah ditanyakan dalam Dewan Rakyat bahkan telah menjadi pengetahuan umum. Disember 2005, SUHAKAM telah mempersoalkan peningkatan populasi Sabah yang luar biasa dan kemungkinan Sabah akan diambil alih oleh pendatang asing. Datuk Seri Nazri Aziz memberikan respon seperti berikut :
  • Peningkatan ini adalah perkara biasa
  • Ini membuktikan kemudahan perkhidmatan kesihatan di Sabah telah meningkat

Setiausaha Parlimen KDN pula memberikan alasan yang berbeza iaitu bahawa "kawasan pedalaman yang bergunung-ganang menyebabkan kelewatan pendaftaran surat beranak pada tahun 1970-an"

Apakah inilah sebabnya peningkatan populasi yang mendadak di Sabah? Jawaban itu ada di depan mata, wujud dalam kehidupan seharian kita. Jawaban ini membuktikan "kewibawaan pemimpin kelas satu" yang ternyata ada unsur tersirat. Kasihannya kita ini.....

2 ulasan:

Rakan Lama berkata...

Tuan Mark, saya pernah bercerita dgn berberapa MP dari Sabah tentang cara Pemimpin2 di seberang sana melayan permintaan mereka termasuk soalan lisan &bertulis.
Kes 1: Tahun 80an Minta peruntukan dgn Menteri. Layanan: Kertas kerja dan surat permohonana dirobek dan dibuang di lantai.
Kes 2: Tahun 90an mengadu masalah kemudahan sikul di pedalaman Sabah. Layanan/jwpn: disindir propembangkang dan menteri tersebut tidak percaya.
Bayangkan Wakil Rakyat kita dilayan begini rupa.
Jadi tidak hairanlah jawapan si Kelas 1 itu begitu rupa.Kesimpulannya, Wakil kita dilayan kelas 3 atau 4.

MAKLIN MASIAU berkata...

rakan lama...terima kasih dgn info. jd kwn2 semua..fikirkanlah.sampai bila lagi kita perlu dilayan seperti ini?