menggunakan program Microsoft Office. Program pengatucaraan komputer yang paling laris dan terkenal di dunia. Tahukah anda bahawa Microsoft diasaskan oleh Bill Gates? Semasa saya membaca surat khabar hari ini, saya tertarik dengan legasi kehidupan Bill Gates (merupakan salah seorang yang terkaya di dunia). Saya telah menulis tentang isu gereja, pelayanan, politik, pendidikan, tanah dan banyak lagi. Kini saya ingin berkongsi tentang Bill Gates.- Beliau membuat pengakuan bahawa beliau hidup dan 'dipanggil' untuk perisian komputer.
- Setiap hari bagi beliau hanyalah memikirkan tentang Microsoft.
- Beliau memulakan Microsoft bersama rakannya Paul Allen dalam sebuah bengkel biasa pada tahun 1975.
- Beliau mula terlibat dalam pengaturcaraan komputer sejak umur 13 tahun.
- Bill Gates bersama rakan-rakannya pernah memasuki tingkap sekolah untuk menggunakan komputer selepas waktu persekolahan.
- Menurut bapanya, William Gates Sr, anaknya itu sejaka awal lagi telah mempamerkan sifat inkuiri yang sangat tinggi.
Kini beliau tidak lagi bersama Microsoft. Sewaktu beliau berjalan keluar dari pejabat utama Microsoft, lebih 800 pekerja hadir memberikan penghargaan yang tertinggi. Bill Gates bersamanya isterinya Melinda menumpukan kepada Yayasan Bill dan Melinda Gates. Yayasan ini ditubuhkan untuk membasmi penyakit, kemiskinan dan meningkatkan taraf pendidikan di seluruh dunia.
Seolah-olah Bill Gates berbisik kepada saya bahawa kejayaan boleh dicipta dengan keinginan yang tinggi, fokus yang jelas dan sentiasa haus akan ilmu. Mengenali beliau, saya mencabar diri saya untuk dapat membuat link dengan yayasan beliau. Tiada yang mustahil !













