Pengikut

24 Jun 2008

KRISIS MAKANAN : Kerajaan Gagal ?

Pelajar saya dalam subjek Pengajian Am bertanyakan pendapat saya tentang krisis makanan, khususnya masalah bekalan dan harga beras yang melambung tinggi di pasaran. Saya tahu bahawa saya tidak perlu menjawab persoalan mereka dengan prejudis terhadap kerajaan kerana masyarakat umum majoriti dapat melihat isu ini dari sudut kegagalan kerajaan. Persoalannya mudah, kenapa bekalan beras kurang dan kenapa harga melambung. Prinsip 'Keluk Permintaan' dalam ilmu ekonomi menjelaskan bahawa permintaan tinggi menyebabkan harga naik. Kalau permintaan melebihi penawaran, pastilah harga meningkat dan pada masa yang sama kadar inflasi akan meningkat. Saya tidak berniat menghuraikan isu umum dengan lebih lagi, melainkan saya menimbulkan beberapa pernyataan/persoalan untuk anda bahas, iaitu :-
  1. Kenapa kerajaan terlalu bergantung kepada bekalan import?
  2. Adakah negara kita tidak cukup tanah untuk menjadi medan jelapang padi?
  3. Adakah kita tidak ada dana/wang untuk melaksanakan projek raksasa penanaman padi?
  4. Adakah kemampuan bioteknolgi kita dalam bidang padi masih jauh ketinggalan berbanding negara ASEAN lain khususnya Thailand, Filipina dan Vietnam?
  5. Adakah cuaca/iklim negara kita tidak sesuai dengan penanaman padi?
  6. Adakah rakyat Malaysia malas atau tidak minat menanam padi?
  7. Adakah kerajaan terlalu menumpukan kepada tanaman komoditi?
  8. Kenapakah semua urusan padi (kawalan harga, subsidi, import, dll) dikawal sepenuhnya oleh pihak ketiga iaitu BERNAS?
  9. Tidakkah kelihatan kerajaan seperti sudah hilang kawalan terhadap operasi BERNAS?
  10. Mungkinkah kerajaan membiarkan pergantunggan bekalan import demi memperkayakan kroni-kroni politik dalam BERNAS dalam konteks pemerolehan lesen import (AP) ?
  11. Kalaulah ditakdirkan Malaysia berperang dengan Thailand dan Vietnam, adakah kedua negara ini masih mahu menjual beras kepada Malaysia?

Oppss...saya berhenti bertanya di sini. Mungkin anda telah bosan dengan soalan-soalan saya. Kelihatannya saya sangat tidak puas hati dengan prestasi kerajaan dalam isu ini.Saya bertambah kecewa apabila teringat ribuan ekar sawah padi di Kedah dan negeri negeri lain bakal musnah ekoran pelaksanaan Koridor Pembangunan Ekonomi Utara yang dilancarkan oleh PM kita tahun lalu. Adalah sesuatu yang bahaya kalau negara bergantung daripada negara lain dalam bekalan beras (makanan ruji kita) dan menyerahkan pula urusan itu kepada pihak ketiga (BERNAS). Mungkin anda berkata, BERNAS pun milik kerajaan tetapi realitinya BERNAS telah diberi kuasa yang banyak (hampir mutlak) mengurus beras negara kita. Akhbar utusan Malaysia pada 15 Mei 2008 melaporkan bahawa BERNAS akan menanam padi demi mencapai tahap sara diri. Persoalannya....kenapa baru sekarang? Walaupun Vietnam jauh di belakang dalam semua segi, namun dalam konteks pengurusan padi/beras....negara kita jauh ketinggalan. Kerajaan kita hanya tahu memberi alasan seperti "harga padi dunia melambung tinggi, pengilang tamak, pemborong menipu " dan banyak lagi alasan. Kalau harga beras melambung di pasaran dunia, sepatutnya menjadi keuntungan kepada rakyat tetapi disebaliknya menambahkan penderitaan. Kenapa? Kerana kita pengimport dan bukan pengeskport....kalau ini berterusan nampaknya kita bakal kembali ke zaman ubi kayu...jalan songsang dengan wawasan 2020.

" Ya Tuhan...berikanlah hikmat kebijaksanaan kepada pemimpin negaraku Malaysia. Berilah mereka hati yang benar-benar jujur dan telus mengurus sumber alam dan kekayaan negara. Bijak saja tidak cukup selagi hati masih bengkok. Negara ku memiliki sumber dalam semua segi untuk menyediakan bekalan makanan kepada rakyatnya tetapi sayangnya masih bergantung daripada negara lain. Semoga pembangunan berteraskan penyediaan stok bekalan makanan jangka panjang kepada rakyat menjadi keutamaan..AMIN"

1 ulasan:

The Momogun berkata...

banyaknya tempat penanaman padi di sabah ini...malang sekali kerana kerajaan tidak ada peruntukan untuk membina sistem pengairan yang baik. Kerajaan lebih sibuk mengambil tanah secara besar2 dari rakyat utk di serahkan kepada syarikat2 besar bagi tujuan sawit dan sebagainya. setahu saya tanah di sabah adalah utk kepentingan rakyat peribumi.. sejak bila pula tanah2 ini menjadi utk kepentingan syarikat luar?

saya secara peribadi yang memang suku asli negeri sabah memang tahu sesnsitiviti mengenai tanah. Dahulu nenek moyang momogun rungus akan menjadi HEADHUNTER @ PENGAIT apabila orang asing menggali 2 kaki tanah kerana tanah ini adalah milik momogun. Momogun berasal dari kata Pogun. Pogun = dunia dan momogun bermakna "pemilik tanah".

pada era malaysia ini agaknya kerajaan langsung tak perihatin ttg hak-hak dan keperluan orang peribumi negeri sabah.