Pengikut

29 Jun 2008

Legasi Pengasas Microsoft : BILL GATES

Semasa anda menekan kekunci komputer ini, pastinya anda sedang menggunakan program Microsoft Office. Program pengatucaraan komputer yang paling laris dan terkenal di dunia. Tahukah anda bahawa Microsoft diasaskan oleh Bill Gates? Semasa saya membaca surat khabar hari ini, saya tertarik dengan legasi kehidupan Bill Gates (merupakan salah seorang yang terkaya di dunia). Saya telah menulis tentang isu gereja, pelayanan, politik, pendidikan, tanah dan banyak lagi. Kini saya ingin berkongsi tentang Bill Gates.

Latar belakang beliau http://en.wikipedia.org/wiki/Bill_Gates agak mengejutkan saya. Rupanya beliau tidak berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Harvard. Namun dengan terciptanya Microsoft, harta kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM221 bilion (mampu membiayai Rancangan Pembangunan 5 tahun Malaysia). 28 Jun yang lalu merupakan hari terakhir beliau bersama Microsoft. Beliau meninggalkan legasi kegemilangan beliau di Microsoft bersama beberapa catatan diari hidup beliau yang mencuit sanubari saya, iaitu :
  • Beliau dikenali sebagai seorang yang 'berimej yang membosankan' (sama ada dari segi raut muka mahupun perhubungan awamnya)
  • Beliau membuat pengakuan bahawa beliau hidup dan 'dipanggil' untuk perisian komputer.
  • Setiap hari bagi beliau hanyalah memikirkan tentang Microsoft.
  • Beliau memulakan Microsoft bersama rakannya Paul Allen dalam sebuah bengkel biasa pada tahun 1975.
  • Beliau mula terlibat dalam pengaturcaraan komputer sejak umur 13 tahun.
  • Bill Gates bersama rakan-rakannya pernah memasuki tingkap sekolah untuk menggunakan komputer selepas waktu persekolahan.
  • Menurut bapanya, William Gates Sr, anaknya itu sejaka awal lagi telah mempamerkan sifat inkuiri yang sangat tinggi.
  • Sifat-sifat Bill Gates yang menonjol ialah pembaca yang rakus dan tidak puas hati sekiranya tidak menemukan jawaban dari persoalan.

Kini beliau tidak lagi bersama Microsoft. Sewaktu beliau berjalan keluar dari pejabat utama Microsoft, lebih 800 pekerja hadir memberikan penghargaan yang tertinggi. Bill Gates bersamanya isterinya Melinda menumpukan kepada Yayasan Bill dan Melinda Gates. Yayasan ini ditubuhkan untuk membasmi penyakit, kemiskinan dan meningkatkan taraf pendidikan di seluruh dunia.

Seolah-olah Bill Gates berbisik kepada saya bahawa kejayaan boleh dicipta dengan keinginan yang tinggi, fokus yang jelas dan sentiasa haus akan ilmu. Mengenali beliau, saya mencabar diri saya untuk dapat membuat link dengan yayasan beliau. Tiada yang mustahil !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gates began to realize the expectations others had of him when public opinion mounted that he could give more of his wealth to charity.

Tanpa Nama berkata...

Dia bukan bodoh, tapi dia terlalu pandai dan he get bored, sebab kat universiti tu ramai pretentious dan mengada-ngada, kaki bodek. Introvertism di Universiti memang wujud dan merupakan satu wabak yang boleh membunuh insan-insan genius macam Gates. I've wrote about introvertism di e sastera. Cubalah cari lihat jika senang.

Lihat kebencian yang ada di sana. Keahlian saya digantung tanpa diberitahu.

Bukan mudah dilahirkan sebagai golongan 10% manusia terpandai.

The Momogun berkata...

Bill Gate hanya tinggalkan tugasnya sebagai Ketua Eksekutif Microsoft. Sekarang dia lantik orang lain utk uruskan syarikatnya dan pada masa kini dia hanya menumpukan tugas pada kerja-kerja amal sahaja.

Pada 15 Jun 2006, Bill Gates mengumumkan bahawa beliau tidak akan lagi bekerja sepenuh masa dalam masa dua tahun untuk meluangkan lebih banyak masa kepada kerja amal. Beliau menlantik Ray Ozzie sebagai "Ketua Perisian Arkitek" yang baru dan hanya mengekalkan jawatan "Pengerusi" dan sebagai penasihat untuk projek-projek utama syarikat sahaja. Salah satu usaha beliau sebelum melepaskan jawatan hariannya di Microsoft ialah menghasilkan kumpulan perisian robotik.


Semenjak Microsoft ditubuhkan pada 1975 sehingga ke 2006, Bill Gates bertanggungjawab keatas strategi syarikat dan pemasaran. Beliau secara agresifnya telah memperluaskan peluang pemasaran produk-produk Microsoft dan mengembangkan syarikat itu sehingga dikenali sebagai syarikat perisian gergasi. Beliau juga adalah seorang yang bertanggungjawab meluluskan hampir semua keputusan besar syarikat itu yang menyebabkan beliau kerap ditarik ke mahkamah untuk memberi penjelasan terhadap tindakan -tindakan pemasaran beliau yang dikatakan berlaku tidak adil terhadap syarikat lawannya. Di dalam keterangannya di mahkamah pada 1998, Bill Gates dilaporkan oleh wartawan sebagai memberi keterangan sukar dilawan. Beliau berhujah kepada peguam dari Jabatan kehakiman US, David Boies, mengenai maksud “Lengkap”, “Ambil Berat”, “Jihat” dan sebagainya yang walau bagaimanapun membuatkan hakim Jackson ketawa mendengarnya. [4]

Bill Gates kemudiannya berkata kepada wartawan bahawa beliau sengaja melawan David Boies yang menurutnya cuba menenukarkan fakta-fakta beliau dan bersikap angkuh ketika menyoalnya. Bill Gates menambah “Walau apa pun tindakan yang akan dikenakan kepada saya, sikap biadap saya kepada David Boise adalah yang terbesar”. Walaupun dinafikan oleh Bill Gates, hakim membuat keputusan bahawa Microsoft telah melanggarkan kanun perniagaan di dalam Akta Sherman dengan melaku pembolotan dalam perniagaan dan cuba menyekat persiangan.

Bill Gates kerap bertemu dan membuat perbincangan dengan ketua-ketua pengurus dan juga pengurus-pengurus program syarikat. Beliau juga boleh menjadi keterlaluan apabila tidak menyukai apa yang didengar atau apa yang berlaku di dalam mesyuarat. Kerap kali beliau didengari menjerit “Ini adalah benda terbodoh yang pernah saya dengar” atau “Apa pasallah kau tak masuk pasukan keamanan sahaja?” kepada para pekerja. Walau bagaimanapun, beliau biasanya mengalah apabila mendapat penjelasan yang sewajarnya dari pekerja yang dimarahinya. Jikalau beliau tidak berpuas hati dengan kerja – kerja yang dihadapi oleh pengurus teknikal, sesekala beliau dikatakan bertanya mereka “Apa, kau nak aku habiskan kerja ni pada hari minggu ni ke?”

Tugas utama Bill Gates di Microsoft adalah lebih kepada bahagian pengurusan perniagaan, pemasaran dan pentadbiran. Tetapi pada awal penubuhan Microsoft, beliau aktif di dalam pembinaan perisian terutamanya di dalam bahasa pengaturcaraan syarikat tersebut.

Pada tahun 2000, Bill Gates mengumumkan sahabat baiknya, Steve Ballmer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan melantik dirinya "Ketua Perisian Arkitek".