
Saya gagahi juga untuk blog ini. Ya...Puji Tuhan untuk penyertaanNya dalam pelayanan saya di Parokhi Mangkapon. Saya telah berkongsi dalam tajuk Hidup Yang Bermakna dalam beberapa prinsip. Pertama....kesedaran yang konsisten bahawa kita tidak ada hak mu
tlak terhadap diri dan hidup ini. Hidup ini ada pencipta dan pemilik. Justeru kita tidak ada hak memusnahkan sendiri kehidupan ini kerana ini adalah anugerah semata-mata. Kedua... harus terima hakikat dan sentiasa insaf bahawa hidup ini bukan kebetulan. Tuhan telah terlibat sejak awal lagi 'menenun' kita dalam kandungan. Apabila Dia terlibat sepenuhnya maka Dia akan menyempurnakan maksud penciptaanNya untuk kita. Ketiga...apalah guna hidup ini kalau kita tidak rasa erti aman, tenang dan damai sejahtera. Apabila Allah memberikan hidup ini. Dia turut menyertakannya dengan hal-hal ini. Justeru jangan bawa sampai ke kubur segala hal negatif seperti kebencian dan permusuhan. Keempat...kita akan sentiasa menghargai hidup ini dalam semua segi apabila kita selalu ingat bahawa hidup ini singkat dan unpredictable (tidak boleh diramal). Terakhir...Hidup Yang Bermakna telah kita alami apabila kita mendapat penghargaan dari Allah. Tidak salah mengejar pengiktirafan dunia namun ingatlah...pengiktirafan Allah yang utama dan kekal. Terima kasih kepada jemaat Kg Petani Baru yang peramah dan menampakkan semangat mengikuti Tuhan. Juga kepada En.Mosium sekeluarga yang melayani saya dengan baik.
Esoknya saya berkejar ke Kg Manggaris 2, Kota Marudu berko
ngsi tentang Hidup Yang Berpengaruh. Topik ini sebenarnya luas dan mempunyai sumber yang banyak namun saya lebih menggunakan pendekatan pengalaman dan kesaksian. Justeru saya berkongsi bahawa hidup yang berpengaruh bersumberkan Integriti, Karakter, Kerja Keras dan Tahu 'Shape' Hidup. Pengaruh yang saya tekankan ialah dalam konteks membangun hubungan sosial yang menyumbang kepada keberkesanan pelayanan. Saya membawa mereka berfikir bahawa dengan apakah lagi cara kita boleh berpengaruh dalam keadaan tiada wang, pangkat, jawatan, kuasa dan bukan 'bintang' pujaan ramai. Di atas semuanya adalah ciri-ciri di atas.

Esoknya saya berkejar ke Kg Manggaris 2, Kota Marudu berko

Saya bersyukur dan berterima kerana semasa saya ber
ceramah, keluarga s
aya setia menunggu di luar kerana kami akan meneruskan perjalanan ke KK. Memang saya merancang mendedahkan 'konsep' pelayanan kepada anak-anak saya sejak kecil lagi. Kami meneruskan perjalanan ke KK dan posting akan datang...saya akan kongsikan kuasa dan mukjizat Tuhan yang nyata dalam Kursus Penataran Bible Knowledge Zon Sabah & Labuan di Hotel Tang Dnyasty. Tuhan berkata dalam firmanNya bahawa apa yang tidak terfikir dan dilihat oleh mata..Dia akan lakukan dan inilah yang Dia lakukan kepada semua peserta kursus. Nantikan tulisan saya akan datang.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan