Pengikut

17 Jun 2008

TERIMA KASIH



Sejak dimulakan pada 23 Mac 2008, Gerbang Pitas telah 'berusia' 84 hari dan telah dikunjungi sebanyak 1008 kali...Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pengunjung blog ini. Gerbang Pitas bertemakan 'PITAS' yang bermaksud suara hati saya yang merupakan rakyat tempatan Pitas. Gerbang Pitas menjadi saluran suara hati masyarakat Pitas yang sempat diketengahkan. Gerbang Pitas juga sesekali akan menyentuh isu nasional dan global namun ditambah dengan pandangan orang Pitas. Isu dan maklumat yang diketengahkan meliputi ekonomi, gereja, pendidikan, politik dan banyak lagi. Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang turut memberikan komen sama ada komen terhadap layout blog, mutu penulisan dan kupasan bersama terhadap tajuk. Buat masa ini, saya tidak akan menapis komen-komen pengunjung, melainkan sekiranya keadaan yang memerlukan saya untuk berbuat demikian pada masa akan datang. Saya lebih senang jika anda dapat memberikan 'klu' identiti diri anda daripada setiap komen yang saya terima.
Saya berdoa agar saya diberikan 'kekuatan tambahan' dari Tuhan untuk meneruskan blog. Di samping izin dari-Nya, pastinya sokongan daripada anda merupakan penjana kepada kesinambungan blog ini. Memang terdapat banyak permintaan secara personal datang kepada saya untuk mendedahkan atau berkongsi isu-isu yang agak 'panas' namun saya akan meneliti kesesuaian dari segi kesahan maklumat, niat, manfaat dan ketepatan masa. Salam kasih dan hormat dari saya.

2 ulasan:

The Momogun berkata...

i love pitas... saya membawa pitas juga dalam impian saya..

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera buat saudara yang saya kira tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa saya anggap saudara adalah pemangkin kejayaan kepada semua warga pelajar Pitas ini kerana mengikut apa yang saya sering baca dalam blog saudara. Namun anggapan saya ini sedikit berubah apa bila keputusan spm telah keluar. Apa yang saya maksudkan adalah keputusan spm bible knowledge yang mencatatkan keputusan 0%.Saya ingin tahu apa pendapat saudara tentang perkara ini kerana setahu saya saudaralah yang bertanggungjawab dalam subjek tersebut.Seingat saya saudara tidak menunaikan tanggunjawab untuk membimbing pelajar yang mengambil subjek tersebut selain dari berusaha menyediakan buku rujukan.Apakah dengan menyediakan buku rujukan tersebut sudah memadai? sepatutnya saudara lebih berusaha untuk membimbing pelajar dalam subjek tersebut memandangkan saudaralah yang beria-ia agar ada pelajar yang mengambil subjek tersebut bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.Apakah saudara tidak terkilan dengan keputusan anak bangsa\satu gerija yang sudah agak baik dengan lulus semua subjek kecuali bible knowledge? Tapi saya rasa tidak bermakna bagi saudara kerana saudara telah nyatakan dalam tulisan saudara bahawa kejayaan PMR dan SPM saudara tidak terlibat. Rupanya mungkin inilah foktor mengapa saudara tidak berusaha membimbing pelajar yang mengambil subjek tersebut.Saya juga ingin tahu pandangan saudara bila ada pelajar kita yang lulus kepujian tasawwur Islam tetapi gagal dalam bible knowledge? Bukankah ini gambaran dimana kita sebenarnya berada? Ramai yang berpendapat bahawa 0% itu bukanlah identiti pelajar tetapi itulah identiti dan temparan bagi guru pembimbing subjek tersebut.Akhir sekali doa dan harapan saya semoga kita dapat menjadi insan yang cakap serupa bikin.