Pengikut

05 Ogos 2011

SABAH BOLEH BAH !!!

Perkara 8 dan 9 dalam 20 Perkara Perjanjian Malaysia menggariskan bahawa perkhidmatan awam di Sabah haruslah dikendalikan oleh rakyat Sabah secara berperingkat termasuklah agensi perkhidmatan awam persekutuan di Sabah. Bahkan lebih mengejutkan dalam perkara 15, Jabatan Pelajaran sepatutnya diurus oleh Sabah. Ini adalah perjanjian yang dikanunkan oleh antarabangsa dan sebarang pencabulan merupakan penipuan di siang hari.
Realitinya sekarang bagaimana? Hanya 15% ketua agensi persekutuan di Sabah yang disandang oleh orang Sabah dan selebihnya dari Semenanjung. Bagaimana dengan jawatan yang lebih rendah? Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan penempatan juruteknik komputer dari "KL" di sekolah-sekolah daerah Pitas yang hanya bertaraf N17. Jawatan tahap begini pun mereka ambil dan menafikan hak orang Sabah, sebagai sebuah negara. 6-7 tahun lalu saya berkesempatan berkunjung ke ladang FELDA di Lahad Datu dan amat mengejutkan pengawal keselamatan yang digelar Polis Felda pun ramai yang dari "KL". Jadi kemana hala tuju orang Sabah? Tidak menghairankan apabila ribuan warga Sabah menjadi pekerja kilang di Semenanjung kerana peluang di negeri sendiri diambil oleh orang lain. Persoalannya kalau ini dianggap integrasi nasional, berapa ramai rakyat Sabah yang bekerja di Putrajaya dan semua agensi kerajaan di seluruh Semenanjung? Cakap biar serupa bikin.
Apakah kerana tiada orang Sabah yang layak. Gambar yang dipaparkan ialah Penny Wong, Menteri Kewangan Australia. Yang mengejutkan dan juga menggembirakan ialah Penny adalah kelahiran Sabah, orang kita bah. Kini dia menjawat jawatan penting di Australia iaitu "mencari, menjaga dan mentadbir wang Australia". Apakah Australia negara biasa-biasa? Dalam segala hal Malaysia jauh ketinggalan dan apabila kita tahu seorang rakyat Sabah mengurus kewangan Australia, tidak kah ini membuktikan bahawa rakyat Sabah sudah ramai yang layak dan punya merit untuk dilantik atau dipilih menjawat pelbagai kategori jawatan. Kalau Penny Wong memilih untuk terus tinggal di Sabah, apakah dia berpeluang menjawat sebagai Menteri Kewangan Malaysia? Hahahaha...sampai kiamat tidak mungkin.
Ternyata kini Sabah boleh...boleh bah kalau kau Penny Wong !!!

6 ulasan:

Vidic berkata...

sedih juga...sabah terus jadi mangsa.

laimin berkata...

juruteknik tu bukan pandai sangat pun. Nama ja ada diploma dan sijil komputer.. Kemahiran sama dengan org sabah yg tak belajar komputer.

kawan lama berkata...

Syabas Tuan Mark, teruskan perjuangan. Mengikut sejarah perubahan yg besar hanya berlaku kalau ada pengorbanan yg besar.Selalu sampai mengorbankan keselesaan sendiri (contoh: masuk Penjara di Tomor laste Xanana Gusmao di Afrika Selatan :Mandela)malah kadang2 mengorbankan nyawa.

Tanpa Nama berkata...

idea yang bagus

Tanpa Nama berkata...

dan apakah taraf kita setakat ini sekiranya bapa2 pengasas negeri Sabah bertindak utk memilih menjadikan Sabah sebuah negara yg berdiri sendiri? dgn sumber alam yg kaya, kawasan yg agak luas... sedangkan Singapura yg tidak mempunyai apa2 semasa bermula, jg sudah menjadi kuasa ekonomi rantau asia. saya rasa tanah melayu pun tidak setanding dgn kita sekiranya Sabah memilih utk menjadi negara suatu ketika dulu.

Tanpa Nama berkata...

Sabah boleh...Apapun dr segi moral, Pennny Wong ni seorang lesbian yang sdh mempunyai isteri yg mengandung...