Pengikut

18 Februari 2011

MUNGKIN HANYA KESILAPAN ????

Isu ini hangat di fb baru-baru ini walaupun bukannya isu baru. Ramai yang memaparkannya di wall masing-masing. Komen di sana-sini yang keseluruhannya bernada kecewa, geram dan marah. Namun biasanya semuanya akan lenyap di telan peredaran masa. Akhirnya generasi mereka terus bertambah dan pelbagai keistimewaan yang mereka miliki, mereka memijak kepala orang tempatan. Begitu mudah surat beranak diperolehi walaupun tanpa butiran yang lengkap. Begitu mudah bagi mereka yang biasanya sukar bagi masyarakat tempatan. Di Pitas tidak terkecuali. Kita tertanya-tanya bagaimana mereka memperolehi pengenalan diri walaupun hanya tahu beberapa patah perkataan Bahasa Melayu. Apakah ini kebetulan? Apakah ini kesilapan? Apakah ini tidak disengajakan? Wahai anak tempatan Pitas, bangunlah dari buaian mimpi. Perhatikan dan renungkan masa depan generasi kita, daerah dan negeri kita !!! Kalaulah ini bukan kebetulan, kalaulah ini bukan kesilapan dan kalaulah ini disengajakan, bermaksud mesti ada dalang dan modus operandi. Marilah bangkit !!!

Tiada ulasan: