Pengikut

10 Mei 2010

MUSIM YANG MENGECEWAKAN


Sekali sekala berubah angin. Dari isu-isu politik, sosial atau pendidikan, sesekali ke bidang sukan. Liga perdana Inggeris baru selesai. Amat mengecewekan. Kelab saya, Liverpool hanya mampu menggapai tangga ke tujuh. Kalah dalam persaingan Carling, FA, Juara2 dan Liga Eropah. Ini adalah pencapaian terburuk Liverpool dalam 8 musim terakhir. Sebagai peminat setia,saya menuding jari terhadap kredibiliti Rafael Benitez selaku jurulatih. Beliau banyak melakukan penggiliran pemain yang saya lihat merosakkan momentum pemain. Selain beberapa posisi seperti, posisi lain tidak ada pemain yg benar2 regular. Perpindahan Xavi Alonso ke Real Madrid juga amat dirasai kerana kepakaran hantaran tepat. Team juga terlalu bergantung kpd Gerard dan Torres. Ditambah lagi Torres kerap mengalami kecederaan panjang dan tiada striker tulen yang boleh menggantikan. Memang untuk bersaing dlm liga yang paling kompetitif di dunia memerlukan dana yang cukup untuk membeli sekurang-kurangnya 2-3 bintang dlm beberapa posisi penting. Pemilik kelab ini ternyata punya sumber yang terhad apatah lagi dgn ura2 nak bina stadium baru yg lebih besar. Mungkin Benitez digantikan (harap2 Mourinho) dan ada dana yang cukup untuk kelab pada musim akan datang. Apapun tetap setia dengan Liverpool. Moga menyinar pada musim depan !

Tiada ulasan: