Pengikut

18 Mei 2009

MONGUPOG

Tahun lalu saya berkesempatan menanam padi bukit walaupun dengan keluasan yang kecil. Hasilnya pun kurang memuaskan kerana beberapa faktor. Apa pun saya gembira dengan 'pencapaian' ini. Tujuan utama saya bukanlah hasil padi tetapi kebetulan memang saya telah merancang untuk membuka tanah saya pada tahun lalu jadi tidaklah lengkap kalau tidak ditanam dengan padi dulu. Sekurang-kurangnya saya dapat menyegarkan kembali memori semasa zaman kanak-kanak dulu di kampung. Bermula dari menebas, membakar, mangasok dan menuai..semuanya adaalah proses penanaman padi bukit yang punya makna tersendiri.
Salah satu peringkat selepas padi dituai ialah proses memisahkan biji padi daripada tangkainya. Proses ini dipanggil MONGUPOG, iaitu dengan memijak padi yang telah dituai dengan menggunakan kaki. Selepas dipisahkan maka proses mengangin dengan menggunakan lilibu akan dilakukan. Selepas itu padi akan disimpan dalam stor sebagai stok makanan dan dijadikan bibit untuk musim akan datang.
Saya percaya generasi sekarang sudah jarang/kurang terlibat dengan aktiviti penanaman padi terutamanya menggunakan kaedah penanaman tradisional. Saya pernah menulis dlm blog ini tentang krisis makanan yang kita (dunia/Malaysia) hadapi. Mahu tidak mahu kerajaan dan kita semua harus melihat dengan serius tentang usaha memantapkan penanaman padi agar bekalan makanan sentiasa terjamin. Akhirnya..oleh kerana sambutan pesta menuai adalah sinonim dengan padi maka saya mengucapkan KOPIVOSIAN TADAU KOKOTUAN. Semoga semangat bambayaron sentiasa mengalir di jiwa kita dengan mengasihi tanah dan tanaman padi selama-lamanya.

Tiada ulasan: