Pengikut

20 Februari 2009

BOLEH BAH KALAU KAU !!!!

Apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membeli 12 buah kereta Volvo untuk kegunaan rasmi kabinet negeri, saya melihat itu sebagai kelaziman. Tiada apa-apa yang diriuhkan sangat kerana sebelum ini di peringkat agensi kerajaan pun sudah lama memakai Isuzu Bighorn dan Ford sebagai kenderaan rasmi (kelihatannya sebagai kenderaan peribadi..memancing, berdating, membeli runcit, dsb). Juga sebagai menteri apalah salah menggunakan kenderaan mewah. Tak layaklah kalau mereka menggunakan hilux, van dan sebagainya...bukankah gitu
Saya buat sedikit kerja tambahan ekoran pengumuman ini. Dalam web Volvo (versi Malaysia) saya dapati terdapat 2 model Volvo yang popular iaitu model s60 (basic price : RM216,000.00) dan model s80 (basic price : RM285,000.000). Tak pula CM beritahu model mana yang menjadi pilihan. Saya andaikan dengan mentaliti "jimat cermat" mereka guna model s60, dengan harga OTR RM250,000.00. Kalau 12 buah, semuanya berharga RM3 juta. Pembelian ini dibuat melalui GLC kerajaan iaitu Angkatan Hebat Sdn.Bhd. Bagi anda yg ingat, pemberian kontrak sewa dan penyelenggaraan kerajaan rasmi kerajaan dianugerahkan kepada syarikat ini semasa Datuk Salleh sbg CM dan kontrak ini mendapat tentang HABIS-HABISAN oleh segenap lapisan masyarakat kerana pakej kontrak ialah "sewa dan selenggera" dan bukannya "sewa beli". Dengan kata lain..syarikat ini seolah-olah hanya bagi pinjam kenderaan mereka kepada kerajaan. Apakah pakej kontrak ini telah berubah sekarang..saya pun tak tahu kerana memang pun dah malas ambil tahu. Umum mengklasifikasikan kontrak ini pada waktu itu sebagai satu lagi rompakan wang rakyat di siang hari.
Nah..beberapa bulan lalu Perak juga mengumumkan penggunaan kenderaan rasmi exco mereka iaitu Toyota Camry. Saya melayari web toyota dan mendapati harga toyota camry 2.oE RM139,066, 2.0G pula RM149,053 dan paling mahal RM167,000.000. Saya melayari "web cars" yg lain dan mendapati rupanya toyota camry mendapat pengiktirafan sebagai kereta import paling murah. Walaupun demikian, langkah kerajaan Perak membeli kereta ini (waktu itu diperintah Pakatan Rakyat) mendapat kritikan kuat dari kepimpinan Barisan Nasional. Pelbagai tuduhan dilemparkan..membazir wang rakyat !!!
Nah..sekarang kerajaan Sabah yg diterajui oleh BN membuat langkah yang sama dengan harga yang jauh lebih mahal. Anda buatlah sendiri perbandingan harga. Lagi satu..kalaulah konsep "sewa dan selenggera" masih diamalkan sekarang..ternyata jumlah wang rakyat yg digunakan oleh kerajaan negeri Sabah lebih banyak dari perkiraan atas kertas. Saya tidak katakan ini membazir kerana bagi kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Musa Aman, pastilah melihat jumlah ini SANGAT SEDIKIT. Hanya orang miskin, tertindas dan daif yang melihat ini sebagai satu jumlah yang banyak dan pembaziran.
Saya tertunggu-tunggu komen dari pemimpin BN dengan tindakan kerajaan negeri Sabah ini. Percayalah komen "double standard" akan kedengaran !!! Boleh Bah Kalau Kau !!!

4 ulasan:

USD berkata...

Bos, aku link artikel ni, canteekkk

MAKLIN MASIAU berkata...

boleh bah kalau ustaz...

Tanpa Nama berkata...

memang org sabah suka ikut2..macam tidak pandai pikir utk rakyat dia..sendiri saja mau senang..kan rakyat sabah masih banyak yg miskin tegar..bila la konon isu ini boleh selesai kalau kerajaan asyik mau begaya saja...sedarlah pemimpin sabah kereta 'ninja' yg ada sekarang ni pun sudah kira lebih ok..mau lagi pakai volvo..
ingatlah rakyat sabah perlu diberi satu kehidupan yang baik..tegar tu perlu dibuang atau basmi bukan ditambah lagi...

Unknown berkata...

memang diaorang suka membazir duit rakyat, lagi satu walaupun memng sa org bumiputra sabah tp sa tidak suka ba dengar pernyataan 'boleh ba kalau kau'