Pengikut

14 Disember 2008

PELABUR MEMILIH KERAJAAN YANG BOLEH DIPERCAYAI

Jarang sekali media massa memaparkan berita yang baik tentang negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Namun adakah editor mereka tersilap atau mereka terpaksa siarkan demi membuktikan bahawa ekonomi Malaysia masih teguh? Saya pun tidak tahu. Yang jelasnya Utusan Borneo, 13 Disember melaporkan bahawa Pulau Pinang menerima pelaburan sebanyak RM8 bilion bagi tempoh 9 bulan. Menurut YB Lim Guan Eng, daripada jumlah itu,RM 4.8 bilion adalah dari pelaburan domestik dan RM3.2 bilion pelaburan dari luar negara. Wah...pada saat kerajaan persekutuan terkial-kial mencari pelabur luar khususnya FDI, Pulau Pinang mendapat kepercayaan dari pelabur. Yang menakjubkan ialah pelaburan domestik yang banyak menjelaskan bahawa tokoh usahawan/peniaga tempatan mempercayai sistem urus tadbir Pulau Pinang. YB Lim yang memperkenalkan sistem CAT dalam pentadbirannya berjaya meyakinkan pelabur untuk memacu ekonomi Pulau Pinang. Dalam menghadapi kemelesetan ekonomi yang dijangka mulai dirasai awal tahun depan, pelaburan pastinya mempunyai risiko yang sangat tinggi. Dijangka kemelesetan ekonomi tahun depan bukan sahaja lebih teruk daripada tahun 1997/1998 malahan pakar ekonomi membandingkannya dengan situasi yang dialami oleh dunia pada tahun 1932. Saya berkesempatan mendengar ceramah tentang isu daripada wakil NECF awal bulan ini dan saya sangat 'bimbang' dengan situasi ekonomi kita. Saya akan berkongsi tentang isu ini pada masa terdekat sekiranya mengizinkan.
Berbalik dgn pelaburan di Penang, saya teringat dengan Projek Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dilancarkan oleh PM awal tahun ini. Kerajaan negeri Sabah, khususnya Datuk Musa Aman menggembar-gemburkan bahawa SDC bakal memacu kegemilangan ekonomi Sabah.Ya..siapa yang tidak gembira dengan pembangunan. Namun...indikator saya dengan tahap kemajuan Sabah khususnya dalam konteks SDC sangat mudah. Saya akan sentiasa melihat PITAS...daerah tercinta ini sebagai indikator saya. PITASLAH yang menjadi kayu pengukur saya sejauh mana kejayaan pelaburan berbilion yang mereka laungkan dari puncak Gunung Kinabalu itu. Selagi masih banyak kampung di Pitas yang tidak ada jalanraya..tidak ada jaringan jalan raya yang jitu...kemiskinan masih ada di mana-mana dan masih banyak indikator lain, bagi saya selagi itulah wang berbilion yang diucapkan setiap hari sebenarnya masuk di dalam poket mereka. Selagi itulah..semuanya ilusi sahaja....
P/S : ada kesempatan saya akan mengulas tentang SDC dengan spesifik. Kita menyokong mahupun mengkritik...bukan sekadar membabi buta.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul sya sokong sabah masih undur... ikut ckp Pm ja