Pengikut

29 Oktober 2008

KESATUAN YANG MENJADI IGAUAN

Bertemu kembali...mengharungi minggu yang memenatkan. Setelah sukan PSKPPS Negeri di Keningau selama 4 hari..kembali ke Pitas. Kemudian ke KK lagi mesyuarat PGKS. Balik ke Pitas..kemudian ke Kudat mesyuarat Badan Pengawas PCS. Hari ini ke KK lagi urusan kerjaya. Nampaknya saya dan kereta saya sama saja penatnya...haha.
Coretan saya ini berkisar tentang apa yang bermain-main dalam fikiran sepanjang perjalanan ke KK. Sebelum tu..saya singgah di Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Marudu. Menghampiri pejabat saya dipelawa oleh 3 orang rakan untuk minum. Saya hanya gunakan nama samaran. Si A..seorang doktor perubatan. Si B dan C pegawai di pejabat pelajaran. Borak-borak dengan isu utama ialah politik. Si A..dulunya org kuat PBS Kota Marudu..kini menyokogn PKR. Si B..org kuat PBS Matunggong dan Si C org kuat UMNO Kota Belud. Tapi ironinya..Si A, B dan C termasuk saya adalah dari rumpun kaum yang sama iaitu Dusun. Mereka juga bertanya perkembangan saya. Saya kata masih menjadi ahli PBS tetapi tidak aktif. Perbualan agak rancak..biasalah kalau isu politik. Akhirnya kami berpisah dan Si A belanja kami. TQ
Suasana perbualan kami menghantui pemikiran saya sepanjang perjalanan saya kerana perbezaan fahaman politik di kalangan kami sebenarnya menggambarkan realiti sebenar dunia politik masyarakat Dusun Sabah. Sangat menyedihkan kerana melalui politik kita dapat melihat perpecahan yang sangat jelas di kalangan orang kita. Menjadi ahli PKR (pembangkang) PBS, UPKO, PBRS, SAPP dan paling hebat menyokong dan menjadi ahli UMNO (walaupun UMNO kita sedar adalah untuk orang Melayu). Dalam organiasi sosial juga orang Dusun tidak ada kesatuan yang kuat. KDCA yang dianggap pendukung kesatuan realitinya agak terkial-kial menyatukan kita. USDA masih wujud..begitu juga SAMORA (Rungus)..PMS (murut) dan terkini KSS (kadazan society). Sambil memandu saya sedih..hiba memikirkan nasib dan halatuju orang kita...
Ramai yang beranggapan bahawa semua ini adalah kesan kejayaan strategi dasar pecah dan perintah yang diatur dari KL. Pemimpin KL mengatur perpecahan ini agar tidak ada kekuatan. Mungkin juga ! Tetapi mengikut pengamatan saya...faktor utama ialah sikap hati yang tamak dan dengki. Kalau ditinjau dari sudut rohani...sikap tamak dan dengki adalah ciri-ciri orang yang tidak dipimpin oleh Roh Allah. Sebab itu..keyakinan utama saya ialah hanya dengan kembali kepada YESUS saja yang membolehkan kesatuan yang sejati dapat kita lihat. Tanpa Tuhan dalam hati, maka sifat manusia lama lah yang masih menguasai.

1 ulasan:

IsOn berkata...

Saya tahu siapa si A tu. Hee... Kami pun kadang2 ber'bahas' juga tentang isu2 politik di negara kita secara am dan negeri kita secara khusus.

Saya setuju dengan pendapat bahawa kerana 'ketamakan' dan 'kegolojohan'lah yang banyak memesongkan hati orang sehingga melahirkan anak 'kedengkian'. Selagi hati tidak tertuju kepada Yesus, selagi itulah tidak kira sukukaum Dusun, ataupun yang lain2, tetap tidak akan dapat disatukan dengan sempurna. Lihat saja contoh berikut;

Melayu: UMNO, PAS, PKR, dll...
Cina: MCA, Gerakan, DAP, dll...
India: MIC, PPP, DAP, dll...

Yang lain tak payah cakaplah.

Nota: Gereja ada banyak denominasi, tetapi semua denominasi itu tetap dapat bersatu kerana Yesus. 'Of course' tanpa mengira bangsa dan darjat.