Pengikut

08 Ogos 2008

GEREJA MAYA : MENJADI RAKAN SEPELAYANAN

Puji Tuhan...sebenarnya blog saya mengalami sedikit gangguan sehingga menyukarkan saya mengemaskini terutamanya semasa memuatkan gambar. Post saya kali ini memuatkan beberapa isu yang serangkai.
  1. Doakan usaha PCS Pekan Pitas mencari dana sebanyak RM20,000 untuk menimbus tapak gereja yang baru. Bangunan sedia sekarang tidak lagi mampu menampung kapasiti jemaat yang bertambah. Kerusi yang ada sebanyak 170 sentiasa sahaja tidak cukup.
  2. Doakan pertemuan tertutup saya dengan Pastor Jerry Dusing (Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah) pada 16 Ogos di Wisma SIB. Pertemuan ini membincangkan beberapa perkara yang 'sangat penting dan kritikal' dalam isu-isu pendidikan dan gerakan-gerakan yang tidak menghormati hak kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Kemungkinan pada 17 Ogos kami akan ke Nabawan melakukan lawatan khas menangani isu-isu yang berkaitan.
  3. Doakan pelayanan saya : 22 Ogos dalam konvensyen belia Parokhi Liu bertempat di Jemaat Maringgan. (saya belum pernah ke sana. Difahamkan perjalanan 2 jam 30 minit dari Pitas.....kutub utara Pitas/Semenanjung Bengkoka). 23 Ogos, dalam Konsert Penyegaran Iman Parokhi Sikuati (Bahagian D).
  4. Doakan program Derma Darah PCS Pekan Pitas pada 30 Ogos dan seterusnya Kebaktian Yobel pada malam 31 Ogos. (sebagai makluman : Majlis Gereja-Gereja Sabah menggalakkan gereja-gereja mengadakan program derma darah khususnya semasa bulan puasa.....pasti saudara kita Dr.Nellson tahu benar keperluan darah...)







Tiada ulasan: