22 Ogos lalu, saya diundang menyampaikan ceramah dalam penyegaran iman Parokhi Liu Malubang yang diadakan di Kg Maringgan, Pitas. Kesempatan yang Tuhan berikan ini sangat indah kerana telah lama hajat untuk mengunjungi jemaat Tuhan di kawasan Utara Pitas (Tip Of Borneo Ke-2) dan pada masa yang sama saya belum pernah sampai di kawasan tersebut. Kg Maringgan terletak di sebelah barat semenanjung Pitas. Perjalanan saya bersama rakan cikgu Anan mengambil masa 50 minit dari simpang Kg Bongkol kerana jalan yang kurang baik. Ceramah saya bermula jam 3.00 dan pemerhatian pertama saya ialah persekitaran gereja tersebut harus dibersihkan. Saya juga difahamkan status tanah gereja belum dipastikan. Ceramah yang saya sampaikan berkisar tentang peranan belia dalam gereja.Saya membawa jemaat mengimbau gerakan beberapa kelompok belia PCS sekitar awal 90-an yang kurang diterima oleh pemimpin. Walaupun menghadapi banyak tentangan, para belia terus setia mengerjakan pelayanan. Namun agak menghairankan jika dibandingkan dengan suasana sekarang. Dalam keadaan di mana kepimpinan gereja mulai terbuka, gerakan belia mulai kendur. Kenapa? Kerana kelompok belia waktu itu benar-benar mengalami kebangunan rohani. Walaupun menghadapi rintangan, mereka tetap setia dan kerja keras kerana dalam hati mereka melakukan untuk YESUS. Sayangnya api kebangunan rohani tidak berterusan.Sebab itu saya pernah berkongsi dalam retret belia pusat di PLA beberapa tahun lalu bahawa api ini mesti tidak padam. Kepimpinan belia mesti meneruskan gerakan yang membangun membakar hati belia. Saya juga berkongsi visi mandiri dan misioner. Misi gereja ialah satu gereja satu jemaat. Justeru semua jemaat mesti merancang program sebagai persiapan menjadi gereja pengeluar atau 'pengeksport' pelayan dan bukan sekadar penerima. Saya yakin dorongan saya kepada belia dan jemaat Maringgan diteruskan lagi oleh penceramah ke-2 iaitu cikgu Jasman.
Sebenarnya saya dan cikgu Anan bertolak awal dari Pitas menuju ke Maringgan. Sebelum kami singgah ke Kg Maringgan, kami meneruskan perjalanan ke Tip Of Borneo Ke-2. Dari Simpang Kg Maringgan perjalanan sekitar 30 miniti kerana kami menggunakan jalan pintas melalui ladang sawit seluas 3000 ekar milik orang Cina dari Sarawak. Saya terpegun dengan keindahan pantai yang meliputi Kg Noruntung dan Kg Dundulit. Di depan kami kelihatan Pulau Banggi dan di sebelah kanan kelihatan Pulau Malawali dan Pulau Mandi Darah. Kawasan ini sememangnya kawasan 'lost world' Pitas suatu masa dulu. Terkenal dengan kehadiran lanun-lanun yang ganas. Namun penduduk Kg Noruntung (100% Ubian/Suluk) menyambut kami dengan mesra.Mereka menawarkan perkhidmatan memancing dan perahu ke Pulau Banggi (Bot laju mengambil masa 20 minit). Kami mencari lokasi cantik di atas bukit menikmati bekalan makanan sambil menikmati panorama top Borneo, Pitas.
Simpang Mengayau di Kudat telah diakui sebagai Tip Of Borneo namun ramai juga yang berpendapat bahawa Tip Of Borneo yang sebenar ialah di Pitas. Saya kurang pasti tentang hal itu tetapi menjejakkan kaki di sana dan membandingkan dengan lokasi di Kudat, hati kecil saya berkata bahawa yang real adalah di Pitas. Pulau Banggi sangat jelas dan dekat berbanding Simpang Mengayau. Kita orang Pitas perlu 'fight'....haha. Apapun misi kami mencari tanah sbg lokasi retret pasti Tuhan buka jalan. Ada signal yang jelas bahawa Tuhan akan sediakan.
4 ulasan:
Kounsapatan tavasi..
shalom dan puji tuhan. Saya ingin meresponi ttg sampang mangazou II ini di dhuni oleh momogun jugakah?
Sampang mangazou di kudat adalah satu lambang medan pertahanan oleh galzaman momogun dari di rebut oleh lanun. perang berterusan turun temurun terjadi di sana utk pertahankan kedaulatan bangsa momogun dari keturunan Aki Rungsud (asal nama Rungus).
Jika kawasan yang disebutkan sebagai Mangazou II di pitas telah berjaya di pertahankan oleh Momogun maka itu berbaloi..
Saya sedikit tahu ttg kg pantai dan kg golzom di kanibungan di mana nenek moyang momogun bertahan di tempat itu dalam siri perang pesisiran pantai. sehingga hari ini kawasan itu tetap menjadi kg momogun..mungkin tempat itu boleh jadi Mangazou II.
generasi Tumanggung karantud harus lahir dalam zaman kita.
Tujuan saya memaparkan Tip Borneo di Pitas bukan menafikan atau menghilangkan legenda atau catatan sejarah di Mangazou Kudat.Ya..pasti ada sejarah di sana namun tidak salah kita memaparkan lokasi di Pitas berdasarkan GPS Jabatan Ukur dan Pemetaan. Lokasi di Pitas masih kosong dan penduduk terdekta dari Ubian. Di sebelah lagi ada Kg Mangkubau ada juga Rungus. Apakah persoalan kaum juga adalah penting dalam isu ini?
Ia berhubung dengan tuntutan waris sultan sulu bahawa daerah kita adalah harta dan tanah warisan nenek moyang mereka selagi matahari terbit dari timur dan terbenam ke barat.
kecuali kalau esok pagi matahari terbit dari barat dan terbenam ke timru.
Tahniah kpd cgu Maklin yang memaparkan kawasan tersebut.Soal dimana tuntutan dan di mana matahari terbit adalah sentimen. Mungkin ada yang tak faham maksud sebenar tulisan beliau.
Catat Ulasan