Anda seorang rakyat Sabah yang cintakan Sabah ? Berita ini pasti menggetarkan denyut jantung. YB Lim Kit Siang dalam Parlimen hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat desakan daripada mereka yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu agar mengiktiraf surat beranak yang mereka keluarkan untuk anak (bangsa mereka ?) yang lahir di Borneo Utara (Sabah). YB Lim turut menyerahkan bukti surat beranak yang dimaksudkan yang beliau perolehi melalui YB Dr Hiew, MP Kinabalu (lihat gambar). Sebagai rakyat Sabah, apakah perasaan anda apabila mendengar berita ini? Justifikasinya, oleh kerana surat beranak merupakan 'lesen' untuk memohon kad pengenalan dan seterusnya menjadi warganegara maka mengiktiraf surat beranak tersebut bermaksud telah memberikan taraf kerakyatan kepada mereka !!! Sementara kita menantikan respon Kerajaan Pusat terhadap isu, elok kita memikirkan beberapa situasi dan persoalan :
- Media massa perdana tidak menyiarkan berita ini.
- Kenapa agaknya mereka yang mendakwa waris Kesultanan Sulu berani membuat kenyataan sedemikian ?
- Mereka menggunakan prinsip 'lahir di Borneo Utara'. Ini merupakan panggilan khas untuk Sabah semasa perjanjian pajakan terhadap British. Apakah ini ada signifikannya dengan tuntutan mereka ?
- Sehingga sekarang belum ada seorang pun pemimpin politik Sabah yang mengeluarkan kenyataan terhadap isu ini.
Sementara saya bangga dengan konsistensi keprihatinan YB Lim dengan isu-isu Sabah sejak sekian lama, saya sangat terkilan Sabah sekarang sudah tidak ada WIRA SEJATI memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah. Kita patut berasa malu kerana 'orang luar' seperti YB Lim dan 'parti luar' yang kerap kali bertindak bagi pihak rakyat Sabah di Parlimen.
9 ulasan:
SABAH telah kehilangan pahlawan agung iaitu Mat Salleh..dan kemungkinan Sabah tidak akan pernah ada pahlawan seperti Mat Salleh..yang ada skrg ialah pahlawan dari luar yang sanggup membantu Sabah.Pemimpin skrg yang ada di Sabah bukan wira yang sejati tapi wira yang mementingkan kepentingan sendiri..Bagi saya wira yang sejati ialah wira yang tidak memilih jalan pintas untuk berjaya dan bersedia memperjuangkan hak
Keluarkan Sabah dari Malaysia...we make a new nation...sumber kita, milik kita!!!!
pandai2 sja ko ckp keluar dr malaysia...
sabah mempunyai pahlwan sendiri. Aki Kulindod, Aki Tumanggung Karantud, Lzinggab, Kolzobvon dan beberapa lagi adalah pahlawan dari Kudat, pitas dan bandau.
Aki Tumanggung Karantud juga di kenal sebagai Last King Of Momogun Rungus oleh british dan di tahan dalam penjara kerana mempertahankan ketuanan dan kedaulatan Pemerintahan Kesukuan Momogun Rungus di Tanjung Berungus [kudat]. Kudat pada masa itu meliputi Kudat, marudu, pitas dan banggi.
Kita terlalu agungkan sejarah mat salleh...sehingga kita tak sedar bahawa kita juga punya sejarah yang kukuh di tanah sendiri. Bangsa Momogun yang tidak pernah di jajah oleh mana-mana pun bangsa sehingga lah hanya british yang mampu menembusi sistem kesukuan momogun tersebut.
Kami juga ada membincangkan ttg isu suluk dan sabah di sini:
http://sabah.forumotion.com/politics-f8/setujukah-anda-sabah-membayar-sewa-kepada-sulu-t206.htm
masalahnye Aki Tumanggung Karantud tue takleh dijadikan hero bab ia sanggup mengorbankan org2 sendiri.
agak2 le si Aki Tumanggung Karantud tu nak lawan british sik mun british tak halang upcara Aki Tumanggung Karantud tue?
fikir2 kan le..
apa yang kamu tahu ttg Tumanggung Karantud? menurut anda pahlawan sulu tidak korbankan orang sendiri jugakah? apa pendapat anda dengan ketua lanun sarif osman yang tidak layak di gelar pahlawan tetapi di sebut pahlawan?
jangan songsangkan keadaan. Orang rungus tahu identiti bangsa mereka sendiri.
Tumanggung Karantud tak pernah korbankan orangnya sendiri..dari mana ko dapat fakta ini? Tumanggung Karantud di tangkap British kerana mempertahankan kedaulatan pemerintahan kesukuan momogun termasuk hak tanah momogun.
jgn kutuk aki tumanggung karantud. marah keturunan dia nanti-cucu aki tumanggung
hi kepada Momogun,
saya ingin dapatkan info dan fakta lebih mendalam berkenaan aki tumanggung dan juga suma2 pahlwan yang diceritakan diatas kerana saya anak rungus kurang pendedahan alkisah cerita ini.
sila emel saya @ hubungi di marny.talu@gmail.com / 013 369 0899
tima kasih! jutaan terima kasih di dahului.
Catat Ulasan