- Pengakuan terbuka Yong dan Anwar bahawa mereka pernah bertemu 2 kali sebelum ini.
- Pak Lah rupanya telah mengetahui hal ini lebih. Sebab itu cepat-cepat dia menawarkan jawatan duta khas BIMB EAGA dan Senator sehari sebelum pengumuman yang ditolak oleh Yong.
- Semua tuntutan SAPP persis seperti janji yang ditawarkan oleh PKR sekiranya menguasai kerajaan Persekutuan.
- Yong berkata bahawa langkah mereka hanyalah permulaan. Dijangka ada 16 orang lagi MP yang mengikut jejak langkah.
- MP dan ADUN SAPP tidak berniat menganggotai PKR tetapi lebih ke arah pewujudan 'anggota bebas'
- Pak Lah kata Yong tamak kuasa. Yang lain kata 'political opportunis'.
- Anwar ucap tahniah dan salut dengan keberanian SAPP
- Dalam undian yang dijalankan oleh http://sapphq.blogspot.com/, dikatakan 85% menyokong tindakan ini.
- Serta merta Yong disiasat oleh BPR berkaitan wang RM5 juta dalam kes Datuk Kasitah
Apakah komen dan pandangan anda? Ramai yang menanyakan pendapat saya tentang isu panas ini. Komen saya mudah "saya menyokong semua tindakan yang membawa kebaikan kepada rakyat Sabah" Pada dasarnya kita hanya mampu 'meneka' apakah yang dalam otak Yong sebenar dan kita hanya mampu membuat spekulasi dengan pergolakan politik semasa. Yang jelas..walaupun SAPP hanya mempunyai 2 MP dan 4 ADUN dan dianggap parti kecil, ternyata tindakan mereka 'menggegarkan' suasana politik sekarang. BN benar-benar dalam keadaan tidak selesa. Sekiranya di akhir pergolakan ini...situasi memihak kepada SAPP...pastilah SAPP dan Yong khususnya akan menjadi 'orang pertama' menerima 'habuan' kerana mereka lah memulakan langkah pertama. LANGKAH PERTAMA adalah sangat MAHAL harganya. Dalam politik, kebijakan menilai suasana dan merebut peluang adalah pemangkin kepada kejayaan. Kalaulah betul Yong dan SAPP ikhlas berjuang untuk Sabah...saya ucapkan Selamat Berjuang dan Maju Jaya
2 ulasan:
Senario politik memang tak terduga, ada yang kata politik itu kotor tapi bagi saya tanpa politik tiadalah kerajaan and semua yang berlaku adalah 'cycle' seperti mana dalam sejarah dimana semua empayar atau ketamadunan di dunia pada satu masa dan ketika akan berakhir sama seperti kehidupan di dunia. Saya terus terang menyokong tindakan ini, tetapi mana pemimpin-pemimpin KadazanDusun kita? adakah 'kita' ini memang beginilah sikapnya. LAMBAT, PAK TURUT, PENAKUT, TIDAK YAKIN....DLL
Alpha
tahniah atas usaha saudara dalam mewujudkan personal blog ini... saya merupakan anak jati pinggan2 pitas... sememangnya daerah kita termundur di malaysia, tapi bukannya menjadi halangan untuk kita berjaya... saya sendiri telah sampai sampai peringkat yang boleh dibanggakan.. saya berhasrat mahu menabur bakti kpd anak2 pitas agar kemiskinan bukan tembok yg perlu dijadikan alasan untuk berjaya... politik pitas & kudat amnya telah menampilkan muka baru... diharapkan mereka lebih bertenaga & berwawasan berbanding dgn pemimpin sebelum ini...
Catat Ulasan