Pengikut

27 Mei 2008

Pengurusan Organisasi

Saya baru kembali dari Kudat menghadiri taklimat pengurusan pertubuhan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atas kapasiti sebagai setiausaha Kelab Sukan dan Rekreasi, Pitas (STARCOP). Walaupun acara ini agak 'terpencil' namun saya menyediakan hati saya sepenuhnya kerana hasrat mendapatkan ilmu tentang pengurusan pertubuhan secara rasmi. Ternyata niat saya berbaloi. Saya mendapatkan banyak ilmu pengetahuan yang baru tentang pengurusan pertubuhan seperti penyediaan penyata tahunan, membuat pindaan dan aspek-aspek teknikal yang lain. Saya percaya bahawa kalau kita mahu berkembang dalam aspek pengurusan organisasi dan kepimpinan, pengetahuan tentang hal ini sangat penting. Sekurang-kurangnya kita selangkah ke depan daripada orang lain.

Minggu ini dan minggu depan adalah tempoh yang sibuk bagi saya. Di samping penuh masa di kedai makan saya, saya juga akan menyiapkan bahan ceramah/kotbah saya di 2 tempat iaitu di Konvensyen Belia PCS, Parokhi Mangkapon dan Konferensi Tobilung Sabah di Kg Manggaris 2, Kota Marudu. Selepas itu mengikut Kursus Penataran Bible Knowledge di Tang Dynasty, Kota Kinabalu. Justeru mohon maaf sekiranya blog ini lewat dikemaskini.

Tiada ulasan: