Terdapat juga klinik di Kg Dandun yang beroperasi sejak pertengahan 1970-an tetapi hanya untuk rawatan bagi penyakit yang ringan dan klinik ibu mengandung. Bahkan untuk sampai di Dandun pun kos masih mencecah ratusan ringgit. Sudahlah terpaksa menanggung kesakitan yang perit berjam-jam di perahu, menanggung kos yang tinggi lagi. Tidak hairanlah kalau kes kematian semasa perjalanan dalam perahu sentiasa berlaku.
Dalam era menuju negara maju 10 tahun dari sekarang, agak melucukan isu-isu seperti ini masih gagal ditangani oleh ke
Oh ya saya terlupa paparkan, kalau dulu bahkan sekarang masih ada yang berdayung untuk pergi ke klinik Dandun. Kalau dari Pinapak berdayung mengikut arus boleh mencecah 5 jam. Tapi kalau melawan arus sampai 10 jam. Bayangkan..Oh tak dapat bayangkan ! Nasib kami yang terpinggir !!!
P/S : ARTIKEL INI TURUT TERSIAR DI SABAHKINI.
1 ulasan:
Itu pinapak layak suda ada klinik kesihatan baitu sebab ada jalanraya suda jadi kampung sekitar boleh ke sana suda mcm Nibang, Perupuk, Maliau, Mandamai, Lugu, Kobon dll.
Ingat lagi dulu masa kecil kalau demam kena bawa pg Dandun. Adui na, sengsara juga menahan sakit selama dlm perjalanan.
Catat Ulasan