Pengikut

11 Januari 2011

MAGAHAU

Pesta Magahau peringkat negeri 2010 bagi kali ke-2 telah berlangsung pada 30-31 Disember 2010 di perkarangan tapak tamu Kanibongan dan Kg Kutoyon. Pesta tradisi suku kaum Rungus ini dianjurkan oleh SAMORA dengan kerjasama pejabat daerah Pitas dan Banggi. Saya tidak sempat menghadiri acara ini kerana jadual bersama keluarga mentua di Penampang disamping nasihat pihak gereja untuk tidak hadir khususnya dalam acara yang dipanggil mamapak kerana bertentangan dengan ajaran Firman Tuhan, Alkitab umat Kristian. Saya menjelajah FB untuk mencari kalau-kalau ada yang upload gambar-gambar magahau dan saya menemui FB milik ADO Pitas, Tuan James. Saya paparkan salah satu gambar yang rasanya paling unik dan jarang-jarang kita temui.Apapun saya hanya memaparkan dan tidak bermaksud saya bersetuju kerana saya sependapat dengan pendirian gereja PCS bahawa acara memapak, yang dikendalikan oleh para bobohizan tulen dengan ritual sepenuhnya adalah bertentangan dengan ajaran Kristian. Namun bagi pengisian lain seperti gimpuhut, tarian kebudayaan, nyanyian,dll yang berkaitan budaya semata-mata memang patut diketengahkan. Tahniah kepada SAMORA dan semua yang terlibat dengan penganjuran ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak hadir ke acara "Mamapak" tidak apa kerana ia bertentangan dengan ajaran Kristian. Tapi, tidak hadir acara lain yg baik utk menyatupadukan masyarakat khususnya Rungus adalah satu kesilapan.

MAKLIN MASIAU berkata...

TN..betul.klu brkontekskn magahau memang ribuan masyarakat rungus tulen yg telah melakukan "kesilapan" kerana tidak hadir.pd masa yg sama sya walaupun bukan rungus tetapi atas nama momogun telah melakukan kesilapan juga.terima kasih dgn ingatan.