Pengikut

05 Januari 2011

TIDAK SALAH UNTUK MENGHARAP

Apabila saya membaca muka depan Daily Express, Isnin, 3 Januari 2011 saya tidak terkejut malah berbangga kerana saya terlibat secara langsung dalam perjuangan itu dan Daily Express melihat itu sebagai salah harapan pada tahun 2011.
Isu yang dikupas ialah tentang perjuangan dan halatuju Mission School Malaysia. Selaku wakil tetap PCS dalam badan nasional dan negeri, saya tahu benar latar dan perkembangan isu ini. Bermula dengan konferensi pada Jun 2009 sehinggalah sekarang (bahkan akan ada mesyuarat pada pertengahan februari ini), semua isu berpaksikan 15 usul yang dikemukakan kepada kabinet melalui Tan Sri Bernard Dompok. Setelah menunggu lebih setahun, apakah respon kabinet? Respon kabinet itu dikupas sepintas lalu oleh pemberita, melalui wawancara dengan Tan Sri, namun tidak spesifik. Yang ditangan saya lebih spesifik dan sememangnya kurang memberangsangkan. Sebab itu saya agak hairan dengan tajuk berita "Harapan di bahu PM". PM sudah duduk dalam kabinet dan respon kabinet sudah ada. Jadi apakah bentuk harapan yang mahu diletakkan di bahu PM?
Apapun tidak salah untuk mengharap. Moga-moga tajuk berita itu tidak ditulis mengikut acuan. Mungkin tahun 2011 ni PM ada cara terbaik utk membantu. Tidak salah untuk mengharap !!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menetri Kabinet lain dari sabah seperti YB Kota Marudu bagaimana penglibatanya?

MAKLIN MASIAU berkata...

sepnjang pengetahuan sya..MP Bandau teda penglibatan dlm isu ni.tak tau lah klu dia MUNGKIN berabis brhujah dlm mesyuarat kabinet..hehe