Pengikut

16 Disember 2010

SELAMATKAN SABAH

Tarikh 16 December 1773 adalah hari yang bermakna di dalam sejarah peradaban dunia. Boston Tea Party atau dalam Bahasa Melayunya Pesta Teh Boston, telah berlaku.

Pada waktu itu Inggeris mempunyai perusahaan dagang yang bernama East India Company yang berdagang teh dari Cina secara langsung ke Amerika (yang pada waktu itu masih kedalam koloni Inggeris) dengan memotong jalur perdagangan dan perpajakan sehingga merugikan exporter Eropah dan Importer Amerika.

Akibatnya penduduk Boston marah, pada saat kapal pembawa teh tersebut mendarat di pelabuhan Boston, para penduduk naik ke kapal dan lantas membuang seluruh peti yang berisi teh kedalam laut.

Peristiwa ini mengakibatkan tercetusnya revolusi bangsa Amerika terhadap penjajahan bangsa Inggeris.

Kalau kita lihat situasi di negara kita, ekonomi kita bergantung kepada industri perkapalan dimana ia memainkan peranan yang amat penting dalam perdagangan, khususnya dalam eksport dan import.

Tapi… Ada kita marah? Teda kan? Kalau bawa di dewan undangan atau perlimen pun, silap-silap kena tendang keluar. Hahaha. Kesian… Kesian…

Sebelum Januari 1980, belum adanya pelesenan perkapalan untuk memantau bilangan kapal-kapal dari luar negara yg beroperasi di perairan Malaysia.

Oleh itu sebilangan kecil pemilik-pemilik kapal yg menawarkan perkhidmatan perkapalan diantara Semenanjung dan Sabah Sarawak terpaksa berdepan dengan persaingan ketat dari kapal-kapal dari luar negara yang beroperasi dalam lingkungan perdagangan domestik ini.

Kerajaan Malaysia pada masa itu mengambil keputusan untuk mengadakan suatu polisi untuk melindungi kepentingan pemilik-pemilik syarikat kapal ini (tolong bincangkan jika ada info yang tertinggal).

Oleh demikian, polisi Cabotage diperkenallkan pada 1 Januari 1980 agar ia memberi peluang yg lebih luas untuk pemilik syarikat kapal-kapal Malaysia cari makan dalam lingkungan perdagangan domestik ini.

Dengan adanya polisi Cbbotage ini turut melahirkan Badan Pelesenan Perkapalan Domestik ( DSLB).

Ok, untuk mudah difahami, melalui polisi ini , kargo-kargo dari luar negara harus berlabuh di Port Klang dan barulah kapal-kapal Malaysia mengangkut ke pelabihan-pelabuhan di Sabah dan Sarawak.

Baru-baru ini aku ada bersembang dengan Presiden kepada Federation of Sabah Manufacturers (FSM), Datuk Wong Ken Thau bekenaan polisi ini.

Ternyata, ia merugikan exporter dan importer di Sabah (kita fokus di Sabah saja la) kerana bahan komersil dan kargo import yg diangkut oleh kapal-kapal dari luar negara terpaksa ditinggalkan di Pelabuhan Klang dan barulah ia diforwardkan ke Sabah/Sarawak oleh kapal-kapal tempatan.

So, pengangkutan yang berlebihan ini akan mempengaruhi harga barang-barang yang dijual kepada Sabah dan Sarawak. Itulah sebabnya barang tempat kita mahal gilaaaaaaaa!!!

Hari ini, 16 December 2010 United Borneo Front (UBF) ditubuhkan sebagai platform utama untuk memperjuangkan keinginan ataupun demand keadilan untuk mempertahankan hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Malaysian Agreement 2963.

Dr. Jeffrey Kitingan, selaku ketua pergerakan bukan politik ini menganggap Sabahans dan Sarawakians sudah kena buyuk sama kena tipu secara terang-terangan.

Pemerintah federal mempermainkan Sabah dengan banyak polisi dan undang-undang yang bercanggah dengan apa yang sepatutnya kita dapat.

Banyak percanggahan dalam banyak hal. It is not a secret that the Petroleum and Gas sector contributing over 40% of the federal government income. Sabah and Sarawak produce 45% of crude petroleum and 64% of natural gas through Petronas.

This simply means that without the wealth from Sabah and Sarawak, it will be difficult for the federal government to make ends meet. Menara si Najib tu pun susah mau siap tu, geng!

Menurut kefahaman aku dari Press Conference sebentar tadi, UBF ini mendukung agenda berikut:

1. Permintaan untuk pembentukan mekanisme pematuhan terhadap Malaysian Agreement 1963, terutama Artikel Lapan.

2. Permintaan untuk formula bagi hasil yang lebih adil, dan juga wakil di peringkat persekutuan.

3. Mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai ‘equal partners’ dalam persekutuan.

4. Melindungi hak pribumi sabah seperti dalam Artikel 153.

5. Permintaan untuk menghapuskan polisi Cabotage,Transportation dan Trade.

6. Mengkhususkan/ sempitkan jurang ekonomi dan digital.

7. menyelesaikan isu PTI dan Projek IC.

Gerakan ini sungguh bermakna untuk orang Sabah dan Sarawak yang belum memahami sejarah kerana ramai di kalangan kita yang belum mengerti dan memahami sejarah penubuhan Malaysia.

Namun, sejauh mana perjalanan ini akan bertahan sekiranya mendapat tentangan dari orang-orang sendiri yang akan mati-matian melumpuhkan perjuangan mereka?

Bagi aku, Sabah dan Sarawak layak untuk mendapat apa yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini. Malangnya, hak kita kena kasi tapuk, bah!

Walau apapun agenda politik (sekiranya ada) dalam gerakan ini, kita harus mengambil iktibar bahawa anak-cucu kita perlu tahu sejarah yang sepatutnya. Cukup-cukuplah kena kasi buyuk tu…

P/S : TULISAN NI SAYA COPY DARI http://ladymariah.wordpress.com/ BEKAS PELAJAR SMK PITAS YANG BERJAYA DALAM BIDANG PENYIARAN & KEWARTAWANAN.

Tiada ulasan: