Pengikut

20 Disember 2010

WAJAH BARU

Setelah sekian lama tak aktif atau tak dikemaskini (difahamkan mengalami gangguan) akhirnya laman web ini muncul semula. Saya amat meminati laman ini kerana memuatkan tulisan dan kupasan isu politik sosial dari pelbagai sumber. Saya telah masukkan laman ini dalam list blog saya. Setelah agak lama tak dikemaskini,saya terpaksa remove. Hari ini tiba-tiba saya ingat semula dan memulakan pencarian di google. Usaha saya tidak sia-sia. Laman ini ternyata aktif semula bahkan dengan wajah baru yang lebih ceria dengan hidangan isu yang menarik. Saya tidaklah berniat menerima bulat-bulat setiap maklumat mahupun hujah dalam laman ini melainkan saya harus menganalisis sendiri barulah membuat pendirian. Akhinrya laman-laman berita alternatif ini merupakan pengimbangan kepada media massa arus perdana yang kadangkala agak keterlaluan pembohongan mereka. Oleh itu anda yang haus dengan keseimbangan dan kewarasan maklumat, anda tidak rugi melayari laman ini yang boleh dilawat http://www.blog.marhaen.info. Saya turut memasukkan semula laman ini dalam senarai web dalm blog ini. Selamat melayari berita alternatif.

2 ulasan:

wmmarhaen berkata...

Sdra Maklin Masiau,

Terima kasih atas sokongan anda.

MAKLIN MASIAU berkata...

wmmarhaen..yg kita saling menyokong demi pembinaan negara Malaysia yg sihat...tq