
Siapa kata kaum dan jemaat tidak dapat disatukan? Kalau matlamat, halatuju dan pengurusan yang jelas dan sistematik, mereka mudah faham dan akan bergerak ke arah penyatuan. 13 Disember 2010, sejarah tercatat lagi untuk PCS apabila badan penaja AJKP telah dipilih untuk menyatukan 3 parokhi iaitu Nibang, Dandun dan Salimpodon bakal membentuk parokhi baru iaitu Parokhi Pitas. Berlangsung di PCS Pekan Pitas, telah berlangsung pemilihan tersebut yang dihadiri oleh 75 perwakilan yang merupakan pengerusi/setiausaha/gembala

jemaat yang mewakili hampir 50 buah jemaat@kampung. Bayangkan skop geografi ini ! Dari Nibang turun ke Pekan Pitas melalui Sungai Bengkoka, Dari Nibang melalui jalan Hap Seng Mempakad sehingga ke sempadan Tandek@Marasinsim. Turut meliputi Tampakahu sehingga ke Longgom dan Layung. Ini bermaksud skop pelayanan Parokhi Pitas meliputi hampir 80% keluasan daerah Pitas. Berikut ialah susunan badan penaja AJKP Parokhi Pitas.
Pengerusi : Pdt Martin@Daka UdianTimbalan Pengerusi : Maklin MasiauSetiausaha : Kerudin MasintaiPen.Setiausaha : Matrin OngohKetua Unit PWG : Pdt Jonius EnjinKetua Unit KP : Pdt GumarangKetua Unit R&D : Henson KembobonKetua Unit EK : Kinchin BoluotKetua Unit IK : Jaman Enul.Pelancaran dan pengesahan badan penaja ini disempurnakan sendiri oleh Presiden PCS, Pdt Jimmy Assam. Semoga pemparokhian ini membawa sinar untuk jemaat secara menyeluruh dalam semua aspek. Kesatuan dan kekuatan utama. Kesatuan adalah kunci berkat.
2 ulasan:
mcm semua ajkp dari parokhi dandun pla ni. inda ada wakil ka dr parokhi nibang sama salimpodon
dlm ajkp tu 5 dari dandun, 3 dr salimpodon dan 1 dr nibang. sesuai dgn keluasan dan bil jemaat sedia maka, komposisi ajkp ni dilihat amat seimbang. tq tn
Catat Ulasan