Pengikut

09 Disember 2010

DILEMA

Selepas percutian bersama rakan2 di Nexus tempoh hari, saya telah bersama-sama dengan beberapa rakan pemimpin KDM dalam PKR. Bukan kerana saya ahli parti PKR tetapi kerana mereka adalah rakan sedia maka masa yang terluang kami bersembang beberapa kali menyentuh banyak aspek. Tanpa menyebut siapakah mereka ini, cukup kalau saya katakan bahawa mereka cukup dikenali dan arus politik nasional. Sembang-sembang membawa saya mengetahui beberapa persoalan dan cabaran pemimpin KDM dalam PKR, khususnya kesan daripada pemilihan PKR baru-baru ini.
Rupa-rupanya sebahagian besar pemimpin KDM dalam PKR amat terasa dengan sikap dan layanan PKR pusat terhadap mereka. Sejak sekian lama, para pemimpin rasa mereka dilihat sebelah mata sedangkan mereka telah berjuang untuk mengangkat martabat PKR di Sabah. Keputusan pemilihan MPP baru-baru ini menambahkan sentimen penafian itu dan timbul persoalan besar tentang masa depan komuniti KDM dalam PKR? Mereka sekarang berada dalam dilema. Beberapa opsyen difikirkan tetapi dengan andaian bahawa pilihanraya semakin dekat, opsyen yang ada amat terhad dan penuh risiko. Dua pertimbangan utama ialah, bertahan dalam PKR @ keluar dan menubuhkan parti baru yang pro/mesra Pakatan Rakyat? Mana satu pertimbangan yang tepat? Semua aspek pro kontra diperhalusi dan opsyen yang ada punya kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Saya sebagai pihak ketiga dalam kelompok mereka hanya mampu berdiam dan sesekali menyampuk. Dengan ilmu dan pengalaman politik yg cetek, tidak banyak yg mampu saya kongsikan, melainkan berdasarkan senario di DUN Pitas sahaja. Apakah pertimbangan mereka? Masa semakin suntuk dan pilihan yang terbaik demi komuniti KDM perlu diambil segera. Kesempatan bersama mereka menampakkan realiti dan wajah dunia politik. Bersama mereka juga saya dapat rasakan perjuangan ikhlas mereka yang berdiri tanpa dana khas melainkan dari wang mereka sendiri. Sebelum berpisah dengan mereka, lafaz terakhir saya ialah "moga Tuhan menunjukkan jalanNya"...Selamat berjuang untuk mereka.

P/S : pengunjung blog dialu-alukan untuk memberikan pendapat tentang isu@dilema mereka ini. Manalah tahu boleh membantu.

1 ulasan:

ubi kayu berkata...

Yang masalahnya adalah orang2 yang berada dalam PKR itu, terutama golongan atasan di 'seberang' itu sekarang ini. Penafian terhadap pemimpin KDM bagi PKR Sabah adalah jelas. Apa tunggu lagi mereka yang sedang dilema ini. Buatlah pertimbangan yang wajar. Adakah parti yang berpangkalan di semenanjung itu boleh memajukan Sabah?! Tidak kira lah parti kerajaan atau pembangkang. Sedarlah wahai pemimpin2 KDM! Jangan mengadaikan maruah kita.