Pengikut

19 November 2010

SINDROM PENAFIAN





Isu laporan Bank Dunia yang meletakkan Sabah sebagai negeri TERMISKIN di Malaysia menjadi bualan hangat di media perdana, kedai kopi mahupun alam maya. Saya telah membaca rumusan eksekutif laporan tersebut dan ternyata Bank Dunia mempunyai piawaian tersendiri dalam mengklasifikan kemiskinan. Laporan ini ternyata menyentak pemerintah Sabah dan lantas selang beberapa hari Unit Perancang Ekonomi, JKM tampil menafikan laporan ini. Saya turut membaca penafian EPU ini dan saya sedikit pun tak goyah dengan laporan tersebut kerana ternyata semua nya indah khabar dari rupa.
Saya lebih suka berpijak di bumi nyata. Pakai mata, telinga dan suara hati dan kita akan melihat kemiskinan itu di sekeliling kita. Kemiskinan itu ada di depan mata. Saya tak perlu menunjukkan bukti di kampung halaman saya yang terletak jauh di hulu Pitas. Saya menumpang tinggal di Kg Tambilidon yang terletak hanya 3 kilometer dari Pitas. Ternyata kemiskinan itu di depan mata saya. Sayangnya, SINDROM PENAFIAN masih melukut di tepi gantang. Walaupun EPU tampil dengan hujah dan data yang meyakinkan namun hujah lapangan masih mengatasi.Saya sarankan Pengarah EPU yang tampil dalam penafian itu agar melawat Pitas sebagai daerah eskeperimen. Saya sedia menawarkan hilux tua saya dan perkhidmatan lain untuk memudahkan beliau menjelajah Pitas. Kalau perlu, bawa wakil Bank Dunia dan kita sama-sama lihat di lapangan, siapakah yang bercakap benar. Akhirnya rakyat adalah HAKIM sebenar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tidakkah YB nampak masi ada rumah yg daif tepi jalan? Yang pastinya Yb nampak sendiri bila lalu lalang dari jalan utama.Masi tunggu JKKK hantar permohonan perumahan baru ambil tindakan kah?
Salahkah kalau YB terus singgah di rumah tu, suruh P.A ambil maklumat dan hantar kelulusan bantuan perumahan serta merta....

Soalan ni selalu muncul bila, aku tau wakil rakyat selalu ikut jalan tu dan nmpk sndri kedaifan dpn mata tapi tiada tindakan...